Monday, July 28, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 727)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Bentuk Syafaat:


1. Syafaat Khassah (khusus) - Syafaat Al-Uzma

Syafaat ini terkhusus milik Rasulullah ﷺ semata-mata. Syafaat khusus ini adalah Permohonan-Pertolongan Allah agar mempercepatkan hisab kerana sekalian manusia tidak tahan dengan penderitaan Mahsyar. 


2. Syafaat Am (umum)

Syafaat umum adalah Syafaat yang Allah Ta'ala Kurniakan Keizinan kepada sekalian Rasul, Auliya, Mukmin untuk memberikan Syafaat kepada Ibu bapanya, Ahli keluarganya, saudaranya, dan sekalian orang beriman.



Golongan yang Allah Kurniakan kelayakan untuk berikan syafaat:


1. Rasul-Rasul

2. Nabi-Nabi

3. Auliya Allah

(Ahlul Bayyit Nabi, Sahabat Nabi, Mursyid Pewaris Nabi, Syuhada adalah dihitung Auliya Allah)

4. Mukmin sejati

5. Kanak-kanak yang meninggal kecil (sebelum baligh)


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Kita wajib beriman bahawa Allah menerima Syafa'at Nabi Muhammad  ﷺ untuk orang yang berbuat dosa besar.  Pemberian Syafa'at Nabi  ﷺ berlalu umum bagi ummat manusia yang beriman.  Dan bagi mereka yang memasuki Neraka, Syafaat Baginda khusus untuk Ummat Baginda saja.  Maka mereka boleh keluar dari Neraka dengan Syafaat Baginda, dan juga dengan Syafa'at Mukmin lain sehingga tidak tersisa orang yang mengucapkan Kalimat "Tiada Tuhan melainkan Allah" walaupun sekali sepanjang hidupnya dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata.  (Ucap Kalimat Syahadah dengan kebenaran, bukan pura-pura).  Orang yang jujur dan orang soleh juga mempunyai Syafaat.  Di dalam Hadith yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah  ﷺ bersabda:  Setiap Nabi mempunyai pemberian dan aku menyimpan pemberianku sebagai Syafaat untuk Ummatku.  Dan sesungguhnya seseorang dari Ummatku dapat memberi Syafaat bagi satu kabilah sehingga Allah berkenan masukkan mereka ke dalam Syurga dengan Rahmat-Nya berkat syafaatnya.  Dan seseorang dapat juga berikan Syafaat kepada sekelompok orang sehingga Allah memasukkan mereka ke dalam Syurga dengan Syafaat tersebut.  Dan seorang dapat beri Syafaat kepada tiga orang, kepada dua orang, dan juga kepada sorang."

[Al-Ghunyah]


Bersambung siri 728 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...