■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 650)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan Tambahan:
Peristiwa Isra' Mi'raj mengandungi kejadian-kejadian bersertanya yang sangat mengagumkan. Kejadian-kejadian ini mengalahkan seluruh aqal fikiran manusia. Ianya merupakan salah satu Mu'jizat besar bagi Nabi ﷺ sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Perkasa!
Satu dari Bukti Agung adalah ayat Allah ini, iaitu Kisah Pertemuan Rasulullah ﷺ dengan para Rasul dan Nabi terdahulu. Ayat Allah ini menjadi bukti nyata bahawa Rasulullah ﷺ benar-benar bertemu dengan para Rasul dan Nabi yang telah wafat ribuan tahun dahulu, berserta ruh dan jasad mereka. Apa yang terjadi bukan mimpi, bukan khayalan, bukan bayangan tetapi pertemuan yang benar berserta jasad dan ruh. Baginda menjadi Imam Solat mereka dan bertanya kepada mereka tentang Utusan Rasul dan hakikat Tauhid sebagaimana Allah Perintahkan.
Sebagaimana kami jelaskan pada awal, para Rasul, Auliya, orang Mu'min sejati tidak mati pada haqiqatnya, mereka sebenarnya hidup di Sisi Allah dengan cara yang sangat istimewa.
Menurut logik aqal tak mungkin Rasul dan Nabi yang telah wafat beribu tahun lamanya dapat berhimpun di Masjid Al-Aqsa di dalam keadaan sempurna jasad mereka, dan seterusnya solat berjemaah di bawah pimpinan Nabi. Bahkan Allah Perintahkan Nabi mushafahah dan berbicara dengan mereka...!
Apakah maknanya semua ini?
Di sinilah kita ingin menarik renungan kepada hakikat bahawa pertemuan di antara Mu'min yang hidup (Mu'min Sejati) dengan Kekasih-Kekasih Allah yang sudah wafat harus terjadi....!
Barang siapa yang menjadikan aqal sempit mereka sebagai Tuhan, pasti akan tersungkur dengan segala kenyataan ini kerana tak dapat menjawab peristiwa aneh ini yang benar-benar mengggugat pemikiran! Mereka tidak dapat menerimanya sebagai kebenaran! Berbeza dengan Mu'min Sejati yang benar-benar teguh Imannya, bersinar hatinya dengan cahaya Keimanan mampu jazamkannya tanpa sedikit pun keraguan.
Bersambung siri 651 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment