■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 649)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
وَسۡـَٔلۡ مَنۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلۡنَا مِن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ءَالِهَةً۬ يُعۡبَدُونَ
"Dan bertanyalah kepada Rasul-Rasul yang Kami telah utuskan sebelum-mu(wahai Muhammad); pernahkah Kami menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah?"
[Az-Zukhruf (43) : Ayat 45 ]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
Ayat ini adalah Perintah Allah kepada Rasulullah ﷺ pada malam Isra' Mi'raj di mana Baginda mengimamkan 70 orang Pesuruh Allah (Rasul dan Nabi) di antara mereka adalah Nabi Ibrahim, Musa dan Isa Alaihis-salatu was-salam....! Allah Perintahkan Baginda bertanya kepada mereka yakni para Nabi yang hadir di Masjid Al-Aqsa untuk solat berjemaah tadi, adakah Allah mengutuskan mereka selain dari menyeru kepada Tauhid kepada Allah Yang Maha Esa.
[Tanwir Al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Menukil kata-kata Ibnu Abbas dan Ibnu Zaid berkata: "Ketika peristiwa Rasulullah ﷺ melakukan Isra' Mi'raj dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa - Masjid Baitul Muqaddis, Allah Memerintahkan Nabi Adam dan Rasul-Rasul yang lain berhimpun bersama Nabi ﷺ di Baitul Muqaddis, di saat itu Jibril Alaihis Salam ada bersama Baginda. Jibril kemudian melaungkan azan dan iqamah untuk melakukan Solat. Jibril berkata: Berdirilah wahai Muhammad, majulah ke hadapan, solatlah dengan jadi Imam kepada mereka.”
Ibn Abbas berkata: "Mereka berjumlah 70 orang Nabi dan antara mereka adalah Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Pada riwayat lain Ibn Abbas berkata; "Tujuh baris orang Nabi solat di belakang Rasulullah ﷺ. Para Rasul berjumlah 3 baris dan pada Nabi berjumlah 4 baris dan di belakang Rasulullah ﷺ ialah Nabi Ibrahim Kekasih Allah, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ismail, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ishaq, kemudian Nabi Musa kemudian para rasul yang lain dan Rasulullah ﷺ telah mengimamkan mereka dua rakaat. Ketika Rasulullah ﷺ beredar, Baginda berdiri dan berkata (kepada mereka): Sesungguhnya Tuhanku telah mewahyukan supaya aku bertanya kepada kamu, adakah salah seorang daripada kamu diutuskan untuk menyeru kepada beribadah kepada selain Allah? Mereka (para Nabi dan Rasul) menjawab: Wahai Muhammad, kami bersaksi bahawa kami semua diutuskan dengan satu seruan, iaitu, Tiada Tuhan selain Allah dan apa yang disembah selain Allah adalah bathil, dan sesungguhnya kamu adalah Nabi yang terakhir dan penghulu sekalian Rasul, ini sudah jelas bagi kami dengan kamu mengimamkan kami tadi, dan tiada Nabi lagi selepas kamu hingga ke hari Qiyamah kecuali Isa ibn Maryam, sesungguhnya dia telah diperintahkan untuk mengikut (menjejaki) sunnahmu”
[Tafsir Qurtubi]
Bersambung siri 650 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment