■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 617)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh 5: Mentafsir semua "perkara baru" sebagai bid'ah sesat
Setengah dari kejahilan Golongan Wahhabiyyah (Khawarij) yang membawa kepada kecelakaan adalah: mentafsirkan ungkapan "bid'ah" sebagai "sesat" dan "kafir" secara umum, ertinya menurut I'tiqad Wahhabiyyah semua jenis bid'ah adalah haram, syirik, sesat dan kafir. Wal Iyazubillah.
Akibatnya mereka (wahhabiyyah) menuduh Ahlus Sunnah sebagai pembuat bid'ah sesat dan musyrik! Bahkan Wahhabiyyah tak segan silu melemparkan ucapan "kekafiran" terhadap Masyaikh (Ulama) Ahlus Sunnah dan sekalian pendokong-pendokongnya. Wal Iyazubillah
(1) Menuduh Sambutan Maulid Nabi sebagai sesat.
(2) Menuduh Ziarah Maqam Nabi atau Auliya Allah sebagai sesat.
(3) Menuduh orang yang mengambil barakah dari Maqam Auliya Allah sebagai "penyembah kubur" atau "penyembah berhala".
(4) Menuduh Toriqat yang warid (datang) dari Rasulullah ﷺ sebagai sesat.
(5) Menuduh Zikir Jihar (kuat suara) sebagai sesat.
(6) Menuduh Zikir "Allah Allah" di dalam hati sebagai sesat.
(7) Menuduh Auliya Allah bertemu Rasulullah ﷺ sebagai sesat.
(8) Menuduh tawassul sebagai haram dan sesat.
(9) Menuduh Majlis Tahlil sebagai sesat.
(10) Menuduh mazhab-mazhab Fiqh sebagai bid'ah sesat.
Ini hanyalah sebahagian daripada perbuatan biadab Wahhabiyyah (Khawarij) terhadap Ulama Ahlus Sunnah dan ummat Islam seluruhnya. Dengan pegangan mereka yang batil dan sesat itu, Golongan Wahhabbiyyah telah melakukan sejumlah besar dosa besar, kefasikan dan kebiadaban terhadap Allah, Rasul dan Auliya Allah.
Siapakah sebenar golongan wahhabiyyah ini? Siapakah pemimpin Wahhabiyyah (khawarij)?
Mereka adalah kaum yang muda, mentah, jahil, bodoh, aqal masih cetek dan lemah namun mereka berlagak bagaikan Ulama Mujtahid, menaburkan fatwa sesuka nafsu, sewenang-wenang menuduh sesat, musyrik, terhadap Ummat.
Berhubung dengan perangai Wahhabiyyah ini Baginda Rasul ﷺ telah memberi amaran akan datangnya puak-puak seperti ini (wahhabiyyah, Khawarij, Najdiyyah) setelah kewafatan Baginda — Mereka mengaku Islam, fasih bicara bab Agama, fasih membaca Al-Qur'an tetapi bacaan mereka hanya di lisan tak masuk ke hati. Mereka keluar dari Agama sedang mereka hidup dalam sangkaan (perasan, seronok sendri) bahawa diri mereka lebih baik dari orang lain).
Bersambung siri 618 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment