Tuesday, February 04, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 616)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(9) Jangan terlalu mendalam memikirkan Taqdir kerana ia menjerumus kepada zindiq


Sebagaimana kami sebut awal-awal lagi, sesungguhnya ramai sekali golongan ilmuan, cerdik pandai agama, orang "alim" tergelincir menjadi fasiq atau zindiq atau sesat akibat pendirian yang batil berhubung dengan Taqdir Allah.  Mereka berbahas tentang Ketuhanan dengan aqal pemikiran sempit sehingga akhirnya binasa.  Wal Iyazubillah.


Menurut nasihat sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah, setiap orang Islam hanya di-Perintah beriman sungguh-sungguh dengan Taqdir dan mematuhi setiap Perintah Allah.  Mereka dilarang keras terlalu banyak bertanya atau berfikir berkenaan Taqdir ketentuan Allah kerana aqal manusia betapa hebat sekalipun tak mampu mendalaminya rahsia-rahsia Ketuhanan yang sangat halus di dalam simpulan Taqdir. 


Dengan mematuhi sekalian nasihat Masyaikh Ahlus Sunnah, maka mudah-mudahan selamatlah mereka dunia Akhirat. 

Sebaliknya apabila seseorang cuba mendalami hal ehwal Taqdir menggunakan aqal pemikiran atau perbahasan golongan kafir maka dia akan tergelincir kepada Golongan Zindiq.  Wal Iyazubillah.



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Maka yang wajib bagi semua orang beriman adalah berpegang bahawa amal yang baik adalah atas Taufiq Allah dan amal yang buruk (jahat, keji, kufur) adalah dari dirinya, sehingga dia masuk ke dalam Firman Allah:


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلاَّ ٱللَّهُ


"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah."

[Aali Imran (3) : Ayat 135] 


Apabila seorang hamba menganggap bahawa maksiat adalah dari dirinya, maka dia termasuk orang yang beruntung dan selamat, daripada dia menganggap dosanya adalah dari Allah, meskipun pada hakikatnya sememangnya Allah penciptanya.

[Sirrul Asrar]



Berkata Al-Imam lagi:

"Perbahasan di bidang ini (Rahsia Taqdir) yang kalau manusia memaksakan pembahasannya, dia akan terpeleset menjadi Zindiq.    Ketika Iblis ditanya: Mengapa engkau tidak mahu menghormati Adam (ketika Allah Perintah dia sujud hormat kepada Nabi Adam), dia menjawab : "Ini Taqdir-Mu Ya Allah".  Dengan ucapan itu dia menjadi kafir dan diusir dari Syurga."

[Sirrul Asrar]


Bersambung siri 617 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...