Monday, February 03, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 609)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan Khas 5:

Af'al Allah dan Af'al makhluq


Setengah daripada pokok-pokok Keimanan berhubung dengan Qadha dan Qadar adalah memahami haqiqat Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq (perbuatan makhluq). Kesalahan di dalam memahaminya akan menjerumuskan seseorang kepada fahaman sesat Mu'tazilah atau Jabariyyah atau kelompok-kelompok bid'ah sesat lain (72 golongan bid'ah sesat). Wal Iyazubillah


Berikut adalah ringkasan berkenaan Af'al Allah dan af'al makhluq.


(1) Allah Ta'ala ciptakan makhluq dan sekalian perbuatannya


Allah Ta'ala menciptakan sekalian makhluq dan berserta perbuatannya.  

Ertinya Allah Ta'ala bukan sahaja menciptakan sekalian makhluq tetapi juga sekalian perbuatannya. Maka setiap makhluq sentiasa terikat dengan Ketentuan Allah Ta'ala. 


Firman Allah:


وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ 


"Dan Allah Ciptakan kamu dan (Dia juga) Menciptakan sekalian yang kamu perbuat."

[As-Soffat (37) : Ayat 96]


Sedangkan pendirian Golongan Mu'tazilah dan Jabariyyah bertentangan dengan pendirian Ahlus Sunnah.  Mu'tazilah mengatakan manusia mencipta taqdirnya sendiri dan tidak ada kaitan dengan Allah Ta'ala. Sedangkan Jabariyyah berpendirian Allah menggagahi setiap perbuatan manusia sehingga manusia tiada pilihan dan tiada usaha ikhtiar, melainkan sebagai bulu yang berterbangan sahaja mengikut tiupan angin. Pendirian mereka batil dan sesat. Yang pertama menafikan Sifat Qudrat Allah yang Maha Berkuasa atas setiap makhluq. Yang kedua menafikan aqal dan usaha ikhtiar manusia.



(2) Af'al Allah (perbuatan Allah) adalah hakiki  (yang benar).   Af'al makhluq (perbuatan makhluq) adalah  majazi (bayangan)


Menurut pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) :

Af'al Allah adalah Perbuatan Allah yang hakiki, ertinya Perbuatan Allah itulah yang sebenar di sebalik perbuatan makhluq.   Sedangkan af'al (perbuatan) makhluq adalah dikatakan  majazi (bayangan) — hakikatnya tidak wujud.   Zahirnya dikatakan manusia memperbuat sesuatu, tetapi hakikatnya di sebalik setiap kejadian itu adalah Af'al Allah (Perbuatan Allah).


Melihat dari dalam hati bahwa setiap kejadian yang berlaku atas muka bumi termasuk sekalian perlakuan manusia adalah pada hakikatnya perbuatan Allah.  Makhluk tiada daya upaya apa pun untuk melakukan sesuatu.  Makhluk tiada daya upaya apa pun untuk berikan  manfaat atau menahan mudarat.


Zahirnya kelihatan makhluq yang memperbuat, tetapi hakikatnya semua itu adalah Perbuatan Allah.   Semua itu adalah takluk (terkait dan terjadi) dari Taqdir Ilahi. Setiap perkara terbit dari Ilmu, Qudrat dan Iradah Allah Ta'ala. Tiada suatu pun terjadi atas muka bumi termasuk edaran matahari, planet2, bintang2, cakrawala sekaliannya melainkan ianya di dalam Genggaman Taqdir Ilahi.


Bersambung siri 610 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...