Monday, February 03, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 610)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(3) Tiada yang berkuasa memberi manfaat dan menolak mudarat melainkan Allah.


Menurut pendirian Ahlus Sunnah, tidak ada makhluq berkuasa memberikan manfaat atau menolak mudarat daripada kamu melainkan dengan Izin Allah dan Pertolongan-Nya.


Hadith Rasulullah ﷺ


عَبْدِ اللهِ بنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النبي ﷺ يَومَاً فَقَالَ: يَا غُلاَمُ إِنّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ : احْفَظِ اللهَ يَحفَظك، احْفَظِ اللهَ تَجِدهُ تُجَاهَكَ، إِذَاَ سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَاَ اسْتَعَنتَ فَاسْتَعِن بِاللهِ، وَاعْلَم أَنَّ الأُمّة لو اجْتَمَعَت عَلَى أن يَنفَعُوكَ بِشيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلا بِشيءٍ قَد كَتَبَهُ اللهُ لَك، وإِن اِجْتَمَعوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشيءٍ لَمْ يَضروك إلا بشيءٍ قَد كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفعَت الأَقْلامُ، وَجَفّتِ الصُّحُفُ. رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح  


Dari Abdullāh bin ‘Abbas Radhiallahu anhuma, beliau berkata, “Suatu hari aku di belakang Rasulullah (berboncengan kenderaan), lalu Baginda bersabda, "Wahai anak, sungguh aku akan mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah! Nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah! Nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah! Apabila engkau memohon pertolongan maka mintalah kepada Allah! Ketahuilah, kalau seandainya umat manusia bersatu untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu kecuali sesuai yang telah Allah tentukan untukmu. Kalau seandainya mereka bersatu untuk menimpakan suatu mudarat kepadamu, nescaya tidak akan membahayakanmu kecuali sesuai yang telah Allah tetapkan akan menimpamu. Qalam (Pena) telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering  (dakwatnya)’.”

[Imam Tirmizi]   


Ini pendirian yang benar menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, iaitu  tiada yang memberi manfaat dan tidak ada kuasa mampu menolak mudarat melainkan dengan Allah.  Allah Ta'ala yang memberi kamu manfaat dan Dia juga yang menolak sebarang mudarat yang menimpa kamu.  


Apa jua yang terlihat pada zahirnya seperti makhluq memberi sesuatu manfaat kepada kamu, maka itu adalah asbab, BUKAN yang penentu yang memberi manfaat. 


Misalnya ibu bapa menjadi asbab anak mendapat rezeki.  Rezeki kamu ketika kamu kecil datang kepada kamu melalui ibu bapa kamu. Ketika kamu dewasa dan mula bekerja, rezeki kamu datang melalui majikan tempat kamu bekerja. Zahirnya majikan membayar gaji kamu tetapi hakikatnya rezeki kamu datang dari Kemurahan Allah.


Demikian lagi, apa jua yang terlihat pada zahirnya suatu pekerjaan atau usaha ikhtiar menolak suatu mudarat seperti penyakit, adalah pada hakikatnya adalah ketentuan Allah Ta'ala. Makhluq yang kelihatan seperti "penyelamat" adalah asbabnya, BUKAN yang berkuasa menghilangkan penyakit atau menolak suatu mudarat atau menolak bahaya lain yang menimpa kamu.


Bersambung siri 611 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...