■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 661)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan....
Poin 7
Di sini amat penting kami kaitkan Ahlus Sunnah dengan pimpinan Ummat yang bertukar tangan dari Sayyidina Ali Radhillahu Anhu. Berdasarkan amaran dan peringatan Baginda, pemerintahan Islam yang sebenar adalah Pemerintahan Baginda dan Khulafa Ar-Rasyidin. Setelah itu pemerintahan berpindah kepada Pemerintahan fasiq dan zalim. Pemerintahan fasiq dan zalim ini akan berterusan sehingga datangnya Imam Mahdi Alayhis salam mendirikan semula khilafah Islamiyyah berdasarkan pemerintahan Rasulullah ﷺ.
Lima fasa Pemerintahan Ummat Islam.
Fasa Pertama: تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ
Period Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.
Fasa Kedua: تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah iaitu Pemerintahan Khalifah-Khalifah yang bersifat Mursyid atau Rasyid — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim ajma'in
Fasa Ketiga: مُلْكًا عَاضًا
Period Pemerintahan Mulkan Addhan, Kerajaan Zalim. Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.
Fasa Keempat: مُلْكًا جَبَّرِيًّا
Period Pemerintahan Mulkan Jabriyyan atau Jabbabiratun iaitu period pemerintahan Pembesar-Pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Orang kaya besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun. Mereka menggunakan apa saja sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dan lain-lain.
Period ini yang kita berada sekarang.
Fasa kelima: خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.
Sekalian Ummat sedang menunggu penzahiran diri beliau, zamannya sudah sangat hampir.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ
“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian _Mulkan Addhan_ (Kekuasaan menggigit) yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, Pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya. Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian), kemudian Nabi diam.”
[imam Ahmad]
Bersambung siri 662 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳