Monday, August 18, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 754)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



(11) Salah faham orang awam:

Akhir-akhir ini berlaku banyak penyelewengan oleh orang-orang jahil. 


■ Ada yang persiapkan kuda dan senjata-senjata untuk perang.

■ Ada yang heboh mengatakan kita mesti duduk tanah tinggi seperti gunung dan bukit.

■ Ada yang kumpulkan orang islam dan berhimpun di Kaabah kerana kata mereka Imam Mahdi akan datang.

■ Kempen suruh simpan makanan banyak-banyak takut nanti kebuluran.


Semua pendapat ini hanya angan-angan mereka atau tipu daya sahaja. Fahamilah kedatangan Imam Mahdi _Alahis-salam_ adalah suatu peristiwa keajaiban yang berhubung dengan Ketuhanan. Tiada yang mengetahui kedatangan beliau melainkan ahli Ma'rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq manakala Orang Islam awam, orang alim, ustad-ustad dan kiyai-kiyai tidak mengetahui rahsia-rahsia kedatangan beliau.


(12) Persiapan sebenar:

Apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam adalah teguhkan Iman, istiqamah Zikir zahir dan batin mengikut jalan Ma'rifat. Jika tidak kamu dibimbangi masuk kepada golongan penentang — golongan Syi'ah (rafdhi) atau Khawarij (wahhabiyyah), golongan sekular, munafiq dan lain-lain. 


Berkata Tajul  Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"Ya anakku! 

Makna Imam Mahdi Alaihis-Salam menzahirkan dirinya itu ialah menzahirkan seruan Islam dan Tauhid selepas pada umumnya manusia fasiq di atas muka bumi. Bukan bererti baru lahir. Hal demikian kerana mengikut faham daripada Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ dan kata-kata Ahli Kasyaf, Imam Mahdi Alaihis-Salam sudah ada pada zaman ini dan zaman dahulu. Tetapi beliau dijadikan tersembunyi daripada manusia di dalam satu gua tidak jauh daripada Madinah dan tidak siapa tahu akan tempat itu. Ada kalanya beliau datang solat di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ada siapa mengenali beliau. 


Awal permulaan Imam Mahdi Alaihis-salam menzahirkan diri adalah dengan berdiri antara Maqam Ibrahim dan Pintu Baitullah dalam keadaan memakai tengkolok hitam dan serban putih di dalamnya sedang di tangan beliau ada pedang. Beliau mendirikan panji-panji hijau tertulis Kalimah Syahadah yang bercahaya-cahaya, dan tiba-tiba berhimpunlah segala wali-wali Allah yang memakai tengkolok hitam semuanya. Ketika itu beliau menyeru kepada Agama Islam dan menyuruh mentauhidkan Allah. Kemudian datanglah sekalian Khalifah Toriqat mengikut beliau memerangi segala manusia yang ingkar di seluruh muka bumi dari Masyriq ke Maghrib. Kemudian aman sentosalah manusia atas muka bumi beberapa tahun."

[Risalah Ma'rifat siri 3]


Bersambung siri 755 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

___________________________________

      MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...