Monday, August 18, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 758)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Prinsip ke-40:

Masuk Syurga tanpa hisab


Ahlus-Sunnah meyakini bahawa Allah Ta'ala akan masukkan sebahagian kecil dari orang-orang beriman ke dalam Syurga tanpa hisab.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang Mukmin yang menepati janji mereka dengan Allah.


Firman Allah:


إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا


“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan ta'at setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya).  Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : Ayat 10]


Penjelasan Ringkas:


Penjelasan 1:

Ketika sekalian manusia di dalam keadaan huru-hara menghadap hari Mahsyar, ada satu golongan kecil Ummat beriman mendapat Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab.


Penjelasan 2: 

Mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah:

(1) Rasul-Rasul

(2) Nabi-Nabi 

(3) Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ

(4) Sekalian Sahabat Nabi ﷺ

(5) Sekalian Pewaris Nabi ﷺ 

(6) Pengikut-pengikut mereka yang Mukmin.  


Penjelasan 3:

Maksud Pewaris Nabi adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang telah memperoleh limpahan Cahaya Ketuhanan dan limphan Nur Muhammad di dalam dada mereka.  Mereka menerima Amanah Allah memerintah dunia sampai Qiyamat.


Firman Allah:


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin” 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Tafsiran Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  (dikenali sebagai Mursyid, Ahli sufi, Ahli Ma'rifat)

Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا  =  Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] 


Bersambung siri 759 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________-___________

       MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...