■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 765)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Punca Mufaraqah dari Saf Ummat — Saf Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Kita kembali kepada perbincangan Dosa besar ke 70: Punca orang Islam mufaraqah (72 golongan orang Islam) memisahkan diri dari Saf Ummat — Jemaah Ummat Ahlus Sunnah wal Jamaah. Apakah yang menyebabkan mereka mufaraqah dari Saf Ummat dan berani mencipta jalan sendiri yang bertentangan dengan pesanan dan Wasiat Rasulullah ﷺ?
Punca 1: Kejahilan
Kebanyakan dari orang Islam yang mufaraqah ini terdiri dari orang jahil yang baru masuk Islam. Mereka bukan Sahabat Rasulullah ﷺ.
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu kepada kaum Khawarij yang memberontak: “Aku datang kepada kamu dari sisi para sahabat Nabi ﷺ, iaitu Muhajirin dan Anshar untuk menyampaikan perkataan mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah diberitahu dengan apa yang mereka katakan. Al-Qur’an turun kepada mereka, dan mereka lebih mengetahui wahyu daripada kamu. Dan Al-Qur’an diturunkan tentang mereka. Dan tidak ada salah seorang pun dari kamu yang termasuk sahabat Nabi."
Apabila selesai dialog dengan kaum Khawarij, kata Sayyidina Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
"Maka bertaubatlah sekitar dua ribu orang di antara mereka, dan bakinya terbunuh dalam kesesatan”.
[Imam Al-Haakim, Imam Baihaqi, Imam At-Thabrani]
Punca 2: Tafsir mengikut aqal
Orang Islam yang jahil ini mentafsirkan Ayat Al-Qur'an menurut aqal dan nafsu mereka. Mereka mencipta jalan sendiri menurut apa yang mereka fikirkan betul sedangkan mereka jahil.
Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16) : Ayat 116]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari Neraka"
[Imam Tirmidzi]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa menghuraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
Punca 3: Kebiadaban
Mereka tidak menerima didikan Rasulullah ﷺ sepertimana para Sahabat Baginda. Mereka biadab, tidak mengikut disiplin Ilmu sebagaimana ajaran Rasulullah ﷺ maka binasalah mereka.
Punca 4: Tertipu dengan bisikan Iblis
Mereka mengikut godaan nafsu dan bisikan Iblis. Oleh kerana mereka tidak dapat bezakan haq dan batil, antara kebenaran dan kepalsuan, antara Wahyu dan bisikan Iblis, maka mereka jatuh kepada bisikan Iblis yang memimpin mereka kepada kesesatan.
Punca 5: Tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi
Golongan yang _mufaraqah_ tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi sebagai penunjuk jalan lurus, maka jatuhlah mereka kepada kesesatan.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di-Redhai Allah). Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid )yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.”
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]
Bersambung siri 766 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment