Monday, November 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 562)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 66:

Putus silatur-rahim

I  قَاطِعَ رَحِمٍ   I

...sambungan....



Punca putus silatur-rahim

==================


Hal-hal yang membawa kepada putus silatur-rahim di kalangan ahli keluarga, kaum kerabat amat banyak namun hampir semua berpunca dari penyakit hati — dorongan nafsu jahat dan bisikan Syaitan yang sentiasa berusaha pecah-belahkan orang-orang beriman. 


Kebanyakan perselisihan mungkin hanya perkara-perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan cara rundingan, tolak ansur dan kasih sayang.  Tetapi nafsu kejahatan dan syaitan sentiasa masuk campur  membawa kepada perbalahan dan pecah belah.


(1) Jahat sangka

(2) Dengki

(3) Adu domba

(4) Memfinah

(5) Merebut harta pusaka

(6) Membesar-besarkan hal pergaduhan anak-anak

(7) Kesombongan

(8) Saling menuduh 

(9) Kemegahan — berbangga-bangga dengan anak-anak, harta, pangkat, kedudukan

(10) Tamak haloba



Akibat — bahaya putus silatur-rahim

===========================


Akibat 1: Jauh dari Rahmat Allah, hilang keberkatan hidup


Putus silatur-rahim bermaksud perpecahan sedang perpecahan dilarang kerana ia membawa kepada hilangnya Rahmat Allah dan membawa kebinasaan.  Ummat Islam diperintah sentiasa hidup bersatu padu, tolong menolong dan jauhi sama sekali hal-hal yang membawa kepada permusuhan dan perpecahan.


Rasulullah  ﷺ bersabda:

"Rahmat Allah tidak akan turun kepada kaum yang padanya terdapat orang yang memutuskan tali silatur-rahim."

[Imam Muslim]


Rasulullah  ﷺ bersabda:

"Berjemaah itu adalah Rahmat, dan perpecahan itu adalah azab.”

[Imam Ahmad, Imam Baihaqi]


Akibat 2: Tidak masuk Syurga


Rasulullah  ﷺ bersabda:

“Tidak akan masuk Syurga orang yang "memutuskan" ; iaitu orang yang putuskan silatur-rahim.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Akibat 3: Azab disegerakan (di dunia)


Rasulullah  ﷺ bersabda:

"Tidak ada dosa yang Allah lebih percepat siksaan kepada pelakunya di dunia serta yang tersimpan untuknya di Akhirat selain perbuatan zalim dan memutuskan tali silatur-rahim." 

[Imam Tirmizi]


Bersambung siri 563  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...