Friday, October 25, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 552)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 65:

Bermegah-megah

Berlumba mencari dunia

.... sambungan....




Kemusykilan 4:

Adakah termasuk larangan jika kami membeli rumah yang besar dan kenderaan kuat (kenderaan tahan lama) bertujuan untuk berdakwah (mengadakan Majlis Zikrullah, Majlis Solawat, pengajian kitab dan lainnya) dan juga untuk mendidik manusia pada jalan Allah?



Jawapan:

..................

 Rumah yang selesa dan luas serta kenderaan yang kuat adalah di antara kebaikan dunia yang membawa kepada kemenangan Akhirat.


Hadith Rasulullah ﷺ :

عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ


“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah wanita yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang jahat (perangainya), serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

[Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad, Imam Ath-Tabrani, Imam Al-Haakim, Imam Abu Nuaim]


Ringkasan pengajaran Hadith ini:

(1) Beberapa perkara duniawi yang menjadikan seseorang beriman memperoleh kebahagiaan dunia Akhirat.  Di antaranya Baginda menyebut: Tempat tinggal atau Rumah kediaman yang lapang  luas.  


(2) Maksud "Rumah yang lapang" di sini tidak semestinya rumah mewah. Tetapi memadai rumah yang tidak sempit sekira-kira mampu memberikan ketenangan kepada penghuninya. 


(3) Tempat tinggal yang lapang memberikan keluasan kepada ahli keluarga mendirikan solat, zikir dan ibadah lain dengan selesa. 


(4) Tempat tinggal yang lapang  dapat dimanfaatkan untuk perjumpaan ahli keluarga atau jiran-jiran atau sahabat handai bagi jalinan silatur-rahim.


(5) Tempat tinggal yang lapang banyak berfaedah bagi menyebarkan Da'wah dan Jihad (hati), antaranya mengadakan Majlis Zikrullah dan Majlis Ilmu.  Ramai sekali Ulama Soleh terdahulu menggunakan rumah kediaman mereka untuk sebarkan Ilmu Agama.  Di antara mereka yang sangat masyhur adalah Al-Imam Sulton Auliya Allah Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu yang mulakan Da'wah dan Tarbiyyah beliau di rumah beliau sendiri. Apabila pengikut beliau bertambah ramai, beliau besarkan lagi rumah beliau sehingga menjadi sebuah Madrasah bersambung dengan rumah beliau. 


(6) Kenderaan yang selesa, iaitu kenderaan yang teguh dan kuat amat bermanfaat untuk Da'wah, Jihad dan Silatur-rahim.  


(7) Rasulullah ﷺ dan para Sahabat  Baginda memiliki kuda yang sangat kuat dan pantas yang Baginda dan sahabat menggunakannya untuk Jihad Fi Sabilillah.  Dengan demikian memiliki kenderaan yang kuat dan pantas bukan suatu kemewahan sebaliknya merupakan keperluan bagi orang-orang beriman menunaikan Haq-Haq Allah Ta'ala. 


Dengan penjelasan ringkas ini, kita dapat memahami... usaha sungguh-sungguh memperoleh kediaman yang luas lapang dan kenderaan yang baik dan teguh tidak termasuk bermegah-megah dengan dunia.  Sebaliknya ia adalah keutamaan bagi orang beriman.  Mereka menyimpannya bukan untuk mencari keseronokan nafsu dunia, sebaliknya berusaha sekuat mungkin menunaikan Haq Allah demi mencari Keredhaan Allah. 


Bersambung siri 553  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...