■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 521)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-62
Asabiyyah
..... sambungan.....
Contoh 'Asabiyyah
==============
Contoh 1: 'Asabiyyah di kalangan qabilah sendiri.
Sebuah keluarga menyerang keluarga lain sedang mereka sama-sama daripada satu keturunan (susur galur yang sama). Sebuah keluarga menyeru dan bersatu untuk menyerang ahli keluarga lain dalam qabilahnya yang dijadikan musuh kerana suatu perselisihan, atau bermusuh kerana merebutkan harta benda, tanah atau harta pusaka. Sebahagian daripada permusuhan berakhir dengan pertengkaran mulut, tetapi sebahagian lagi sehingga bertumbuk dan berperang.
Contoh 2: 'Asabiyyah di antara qabilah dengan qabilah lain.
Ini adalah contoh yang pernah berlaku di zaman jahiliyah. Satu qabilah bermusuh dan memerangi qabilah lain atas dasar golongan, puak dan kelompok. Perasaan tak puas hati dan dendam berlanjutan selama beberapa generasi. Ketika Rasulullah ﷺ datang menyeru kepada Kalimah Allah yang satu, Baginda hapuskan semua jenis ‘asabiyyah di kalangan qabilah-qabilah yang wujud.
Contoh 3: 'Asabiyyah di antara kaum majoriti dan minoriti
Suku kaum yang majoriti meniupkan semangat perkauman dan melabelkan golongan minoriti sebagai "pendatang asing", "perompak", "penjahat" dan lain-lain panggilan yang buruk sedangkan mereka semua menganut Agama Islam, berpegang pada Islam dan amalkan Islam. Apabila kebencian memuncak, kaum yang merasakan diri mereka kuat memerangi puak yang lemah sehingga terjadi pembunuhan dan kerosakan. Hal ini benar-benar terjadi di beberapa negara orang Islam pada zaman ini.
Contoh 4: 'Asabiyyah dinasti-dinasti
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, berbagai puak, kaum, negara masing-masing berperang sesama sendiri untuk berkuasa, sedangkan semua mereka mengucap Syahadah dan mengaku Islam. Meskipun masing-masing menamakan Dinasti mereka sebagai _khilafah Islamiyyah_, namun pada hakikatnya pemerintahan mereka tidak menepati Kehendak Allah. Pemimpin-pemimpin hidup berfoya-foya dengan muzik, arak dan permainan sia-sia. Sehingga apabila datang tentera kafir yang diketuai oleh Hulagu Khan (cucu Genghiz Khan), tentera Islam kalah dengan sekali pukulan saja. Tentera Hulagu bunuh Ulama dan bakar kitab-kitab mereka. Sebahagian kitab dicampak ke sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam daripada dakwat kitab Ulama.
Contoh 5: Khawarij (Wahhabiyyah, Najdiyyah, Kaum Muda) memerangi Sayyidina Ali Radhiallahu anhu dan Ummat Islam
Ini satu lagi contoh 'asabiyyah, yang tidak disedari oleh kebanyakan orang Islam awam. Golongan Khawarij (Wahhabiyyah zaman ini) menyangka mereka berjuang di jalan Allah, sedangkan mereka berperang berdasarkan nafsu dan bisikan Iblis La'natullah. Mereka berperang atas dasar doktrin batil Khawarij.
Golongan Khawarij keluar dari Saf Ummat Islam lalu memerangi Sayyidina Ali Radhiallahu 'anhu dan ummat Islam seluruhnya. Ertinya mereka memerangi Khalifah yang sah, Ahlul-Bayyit Nabi dan Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin yang dijamin Syurga oleh Junjungan Rasulullah ﷺ.
Semasa peperangan Nahrawan, kesemua penganut Khawarij mati kehinaan, kecuali 3 orang khawarij yang melarikan diri. Ahli sejarah menulis 3 orang Khawarij yang melarikan diri ini kemudian hidupkan kembali fahaman kelompok Khawarij. Pada zaman kemudian mereka (Khawarij) dikenali sebagai Wahhabiyyah, Najidyyah, Kaum Muda dan beberapa nama lain.
Pada hari ini sebahagian kecil orang-orang yang mengaku Islam dan mengaku Ahlus-Sunnah terpengaruh dengan dakyah-dakyah Wahhabiiyah termasuk kiyai, ustad, ustazah, profesor, mufti (sehingga kini seorang mufti sahaja). Sangat malang bagi mereka yang menjadi tawanan Wahhabiiyah, Najdiyyah, Kaum Muda...!
Bersambung siri 522 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment