■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 520)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-62
Asabiyyah
..... sambungan.....
Dalil 6: Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ
“Barangsiapa mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah ( رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ ) mengajak kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.”
[Imam Muslim]
Dalil 7: Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجِرَهَا وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
"Barangsiapa keluar dari ketaatan, dan memisahkan diri (faraq) dari Jama'ah (Saf Ummat Islam) kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Dan barangsiapa mati di bawah bendera 'Immiyyah (bendera buta) kefanatikan, dia marah karena ‘asabiyyah, menyeru kepada 'asabiyyah atau menolong atas dasar 'asabiyyah kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Dan barangsiapa keluar dari ummatku, kemudian menyerang orang-orang yang soleh maupun yang fajir tanpa memperdulikan orang mukmin, dan tidak pernah memenuhi janji yang telah dibuatnya, maka dia tidak termasuk dari golonganku dan saya tidak termasuk dari golongannya."
[Imam Muslim, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad]
Dalil 8: Rasulullah ﷺ bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
“Bukan termasuk golongan kami orang yang mengajak kepada ‘asabiyyah, bukan termasuk golongan kami orang yang berperang kerana ‘asabiyah, dan bukan termasuk golongan kami orang yang mati kerana ‘asabiyyah.”
[Imam Abu Dawud]
Dalil 9: Rasulullah ﷺ bersabda:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ ? قَالَ : لَا وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم
"Wahai Rasulullah! Apakah termasuk dalam `asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya? Jawab baginda: Tidak! Tetapi 'asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman."
[Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad]
Bersambung siri 521 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment