Friday, August 23, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 482)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

......sambungan.......



Penjelasan :

=========


(1) Meskipun terdapat berbagai tafsiran berkenaan "Ahli Zikir", fokus kita di sini adalah berkenaan "Ahli Zikir" yang khusus, iaitu hamba-hamba Pilihan Allah yang ditaqdirkan untuk makmurkan bumi Allah dengan Zikrullah dan Ubudiyyah zahir dan batin semata-mata kerana Allah.  Mereka habiskan hayat mereka  dengan Zikrullah dan Ubudiyyah... siang dan malam tanpa henti. Mereka mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran sekalian muka bumi.  Hakikatnya mereka adalah Auliya Allah, Ahlillah, Kekasih Allah, Rijalullah yang Allah Ta'ala Taqdirkan untuk kebaikan sekalian Ummat manusia, khususnya untuk orang beriman.


(2) Ahli Zikir terdiri dari dua golongan :

Pertama:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang diamanahkan Mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin dan memimpin Ummat Islam kepada Allah dengan selamat.

Kedua: Pendokong-pendokong jalan Ma'rifat yang benar, jujur dan ikhlas semata-mata mencari Wajah Allah.


(3) Ahli Zikir adalah golongan mukmin yang benar-benar takut kepada Allah, berpegang teguh dengan Syari'at (Fiqh) dan adab-adab Toriqat (Tasawwuf), Ma'rifat. Ketika semboyan Jihad ditiupkan, mereka dahulu keluar untuk mempertahankan Agama Allah.


(4) Ahli Zikir  adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang khusus yang Allah Ta'ala taqdirkan kewujudan mereka di seluruh pelusuk muka bumi bagi memakmurkan bumi Allah sampai Qiamat.  Dengan berkat doa mereka, Allah Ta'ala turunkan hujan dan murahkan rezeki. 


(5) Mereka tinggalkan kesenangan duniawi semata-mata kerana Allah.  Hidup mereka sederhana. Pakaian mereka lusuh sehingga setengah orang menyangka mereka pemalas dan usir mereka.


(6) Contoh unggul Ahli Zikir yang Allah Ta'ala muliakan adalah Ahlus-Suffah, iaitu para Sahabat Baginda yang sangat miskin, dhaif, tiada harta, lusuh pakaian mereka,  yang istiqomah di satu sudut Masjid Nabawi berzikir kepada Allah Zahir dan Batin (Zikir dengan hati dan lisan) siang dan malam tiada henti.  Ketika panggilan Jihad datang, mereka yang dahulu menyambutnya.  Mereka sentiasa bersama Rasulullah ﷺ berda'wah dan berjihad mempertahankan Agama Allah yang suci.


(7) Pada zaman-zaman kemudian, wujud _Ahlus Suffah_ iaitu Ahli Zikir yang mengorbankan seluruh hidup mereka kerana Allah, mengasingkan diri dari tipu daya dunia, hidup sederhana dan jauhi kekacauan politik yang bercakaran mencari pangkat dan kedudukan duniawi. 


(8) Orang Islam dilarang keras menghalau, mengherdik, caci maki atau menghina atau lain-lain terhadap Ahli Zikir (seperti  yang digambarkan di atas)  kerana pada hakikatnya mereka adalah Kekasih Allah yang Allah Muliakan.


Bersambung siri 483 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...