Friday, August 23, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 481)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

=================



Definisi-definisi Penting

==================


Definisi Zikrullah (ذِكْرُالله)

_____________________


Dari segi bahasa :

Zikrullah (ذِكْرُالله) berasal dari akar kata (ذَكَرَ، يَذْكرُ، ذِكْراً) yang bermaksud ingat, mengingat dalam hati, ungkapkan, menyebut,  meneliti, mengenal, merenung, melihat dari mata-hati


Dari segi Istilah :

Pada sisi syara'  yang di kehendaki dengan Zikrullah (ذِكْرُالله)  adalah "mengingat Allah dalam hati" atau "menyebut-nyebut nama Allah dengan lisan (lidah) berserta ingatan dalam hati (mengulang-ulang kalimat "Allah" atau asma' Allah yang lain)."



Definisi Ahli Zikir (اهلالذكر) :

____________________________


Dari segi bahasa :

Ahli Zikir adalah orang yang mahir, pakar, Arif mengetahui hal ehwal Agama secara mendalam 


Dari segi istilah :

Terdapat beberapa pendapat Masyaikh Ahlus Sunnah.


Ta'rif 1 :  

Ahli Zikir ditujukan kepada ahli Agama yang memahami hukum-hakam dan Perintah Allah.


Ta'rif 2 :

Ahli Zikir ditujukan kepada Ulama di kalangan Ummat Nabi terdahulu yang benar, bukan pendusta yang mereka itu benar-benar memahami Agama dan memahami kisah Nabi-Nabi terdahulu.


Ta'rif 3 : 

Hamba-hamba Allah yang tekun mengerjakan Zikrullah dan Ibadah sepanjang hari, tidak mempedulikan kelazatan duniawi serta jauhi segala bentuk kecenderungan dan perebutan dunia yang hina, semuanya kerana semata-mata mencari Redha Allah.


Ta'rif 4 :

Ahli Zikir yang khusus adalah gelaran kepada Arif Billah, Mursyid Pewaris Nabi benar-benar bertaqwa serta mengenal Allah, yang memenuhi bumi dengan Cahaya Zikrullah (sentiasa berzikir dengan zikir Sirriyyah, yang sangat rahsia, siang dan malam — sepanjang masa),  menjunjung tinggi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ serta melakukan keta'atan zahir dan batin semata-mata mengharap Wajah Allah. 


Ta'rif ke-4 di atas diberikan oleh Al-Arif Billah, Al-Qutb Tajul-Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu.


Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :

“Ayat ini memerintahkan agar orang beriman berserta dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah pagi dan petang (iaitu setiap masa berzikir dan ubudiyyah kepada Allah semata-mata kerana mencari Keredhaan Allah).”

[Risalah Ma’rifat]


Tiga Ta'rif sebelumnya (Ta'rif 1,2,3) diberikan oleh  Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu, ketika mentafsirkan Firman Allah “Maka bertanyalah kepada ahli zikir jika kamu tidak tahu”.


Berkata _Imam Mujaddid, Al-Arif Billah_, Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu :

"Ahluz-Zikr (اهلالذكر) memiliki 4 makna : 

Pertama, (اهلالذكر) dengan pengertian ahli Taurat, dan makna Az-zikr di situ adalah Taurat.  Yang ke-2:  (اهلالذكر) Ahluz-Zikr adalah ahli di dalam memahami persoalan-persoalan di dalam kitab-kitab Samawi terdahulu, dan diketahui daripada mereka bahwa para Nabi adalah juga manusia.  Yang Ke-3;  (اهلالذكر) Ahluz-Zikr bermakna mereka yang ahli di dalam mengetahui Kisah Ummat terdahulu. Makna ke-4, (اهلالذكر) adalah: bertanyalah kepada mereka yang berzikir dengan ilmu dan tahqiq (iaitu Ahli Ma'rifat yang benar-benar kenal Allah)

[Tafsir Mafatih-Al-Ghaib]   



Definisi usir (طَرَدَ)

___________________


Dari segi bahasa :

Ungkapan (طَرَدَ) — berasal dari kata  (طَرَدَ - يَطْردُ) bermaksud :

menghalau, jauhkan, mengusir, mengasingkan, bubarkan mengeluarkan, memecat


Dari segi Istilah :

Dikehendaki menepati keterangan Al-Qur'an adalah :

Perbuatan manusia menjauhkan atau mengusir Ahli Zikir, Ahlillah, Ahli Ubudiyyah, Ahlut-Taqwa disebabkan keadaan mereka yang dhaif, lemah, kurang harta atau tiada harta, lusuh pakaian mereka. (Ini perbuatan haram dan dosa besar)


Bersambung siri 482 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 510) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...