Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 452)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada_Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....




Tanda 6 : Menunjuk-nunjuk keajaiban

Hal ini suatu yang sangat digemari oleh Mursyid PALSU kerana ianya merupakan suatu cara licik mempengaruhi dan menundukkan pemikiran orang yang minat kepada jalan keruhanian.  Mereka mengaku sudah mendapat karomah dan sangat gemar menunjuk-nunjuknya kepada umum,  pada hal yang sebenarnya semua macam “keajaiban-keajaiban” yang dipamerkan adalah sihir mainan iblis, jinn syaitan.  


Sesungguhnya menunjuk-nunjuk kehebatan dan perkara-perkara keajaiban yang mencengangkan aqal bukan cara Mursyid yang Benar,  sebaliknya ia perbuatan ahli sihir, bomoh, dukun, pawang atau lain-lain sebangsanya.


Tanda 7 : Menarik Tenaga Alam

Sebahagian dari tanda Sufi Palsu atau Mursyid Palsu adalah pengakuan bahawa dia mampu menarik Tenaga Alam untuk menjadi kuat dan sihat.  Mereka cuba buktikan pengakuan mereka dengan menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan menggerakkan benda-benda dengan kekuatan minda atau batin.  Semua ini termasuk sihir bantuan jinn syaitan.  Tetapi mereka tidak mengetahuinya kerana tak kenal bagaimana tipu daya halus jinn syaitan masuk menyesatkan manusia. 


Tanda 8 :  Abaikan Syari’at atau Toriqat Rasul ﷺ

Setengah-setengah dari tanda Mursyid PALSU adalah mengabaikan Syari’at dan Toriqat. Sesungguhnya kedua-duanya (Syari’at dan Toriqat) datang dari Rasulullah  ﷺ, yang pada hakikat Wahyu Ilahi.  Maka barangsiapa meninggalkan salah satu daripadanya atau menafikannya atau ingkarinya, maka dia bukan dari kalangan orang beriman.  Apa lagi mengakuinya sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, tak mungkin!


Tanda 9 :  Campur aduk lelaki wanita ketika berzikir

Masyaikh kita telah menetapkan, ketika diadakan Majlis Zikrullah, maka WAJIB dipisahkan lelaki dan wanita dengan dinding (tidak memadai dengan tirai biasa).  Ini bertujuan elakkan berbagai kemungkinan fitnah kerosakan hati disamping bahaya terjadi kemungkaran.  Maka orang yang membawa pengikutnya berzikir campur aduk antara lelaki dan perempuan tak mungkin menjadi Mursyid. 


Tanda 10 : Mengaku dirinya sebahagian dari Tuhan atau menjadi Tuhan

Lazimnya orang yang mengeluarkan ucapan-ucapan ini adalah dari Golongan Hakikat PALSU atau Golongan Batiniah atau Zindiq.  Wal Iyazubillah. 


Demikianlah  sebahagian dari tanda-tanda Mursyid PALSU atau Sufi PALSU.  Walau bagaimanapun tidak semestinya semua sifat tersebut terkumpul pada seseorang.  Mungkin sebahagian sifat-sifatnya wujud pada satu golongan dan sebahagian lagi pada golongan lain.


Sebagaimana juga pemimpin bagi golongan Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), golongan Sekular dan lain-lainnya berjumlah 72 golongan sesat juga dipimpin oleh iblis, golongan Ilmu keruhanian PALSU atau Sufi PALSU juga  dipimpin oleh iblis sedang mereka tidak menyedarinya.

Inilah sebabnya sekalian Ulama Mu'tabar telah memberi peringatan dan AMARAN .... jangan kamu berjalan sendirian kerana iblis, jinn syaitan akan pimpin kamu kepada gerbang iblis — kepada kesesatan.  Sebaliknya kamu WAJIB berguru kepada Guru Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Jangan sesekali terpesona dengan “wayang” dan “keajaiban-keajaiban yang membuat manusia tercengang”  atau “menembusi hukum alam” yang mana semua ini BUKAN matlamat Mursyid Pewaris Nabi dan BUKAN Matlamat Toriqat Nabi ﷺ.


Bersambung siri 453 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 514) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...