Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 453)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

...... sambungan.....




Mursyid Palsu atau Sufi Palsu

Pada Zaman Terdahulu

==========================


Berikut adalah nukilan mutiara hikmah dari Al-Imam Sulton Auliya Qutb-ar-Rabbaniy, Muhyiddin Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عه berhubung dengan Mursyid Palsu atau Sufi Palsu yang wujud pada zaman beliau.


Berkata Imam Jilani رضي الله عه :

Orang-orang yang mengikuti Jalan kerohanian menuju Allah  (Jalan Ma’rifat, Jalan Allah, Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar) terbahagi kepada dua golongan atau kaum. 


Golongan pertama adalah yang termasuk ke dalam kumpulan Ahlus Sunnah; iaitu mereka yang mengikuti sepenuhnya Syari’at dan Toriqat.  Mereka mematuhi peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah ﷺ.  Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin Agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taqlid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan Agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka.  Inilah jalan keruhanian yang mereka ikut.  Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang.  Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenar! 


Sebahagian daripada mereka dijanjikan Syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari Qiamat dan kemudian masuk Syurga.  Namun ada juga sebahagian yang memasuki Neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk Syurga.  Tiada yang akan kekal di dalam Neraka.  Yang akan kekal di dalam Neraka ialah orang kafir dan munafiq. 


Golongan kedua adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bida’ah sesat.  Golongan bida’ah sesat ini banyak.  Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bida’ah sesat yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian (mengaku mengikut Ahli Sufi atau Mursyid tetapi mengikuti jalan kesesatan) : 


1.  Hululiyyah – Mereka percaya mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik yang menggiurkan nafsu dan mendorong kepada perzinaan sama ada perempuan atau lelaki, siapa sahaja sama ada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain.  Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama.  Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut. 


2.  Haliyyah – Mencari kerasukan  dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan.  Mereka mendakwa Syaikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan Syari’at.  Jelas sekali mereka terpesong jauh daripada perjalanan Nabi ﷺ yang dalam tindak tanduk Baginda sentiasa mematuhi hukum Agama. 


Penjelasan :

Imam Jilani bermaksud dengan Haliyyah ini adalah mereka yang tidak bertujuan zikir kepada Allah.  Tetapi sebaliknya sengaja bertujuan mencari kerasukan sedangkan ini dilarang di dalam perjalanan Ma’rifat.  Zauk atau pemerasaan mendadak yang mendatang pada hati dan tubuh bagi ahli zikir  yang menurut jalan yang benar adalah yang di luar kawalannya (idhtirari).  Oleh kerana asyik dengan Allah atau ketika kerinduan yang di luar kawalannya maka terjadi zauk yang tidak dapat dikawal, BUKAN suatu yang diusahakan dengan  niat mencari  kerasukan zauk. Inilah yang menyebabkan mereka terpesong kerana apabila niat amal berubah kepada lain, maka iblis lah yang menjadi pemimpinnya.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 454 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

==========================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 514) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...