Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 459)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



Syarat-syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

(Ulangan secara Ringkas) 


1.  Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah Keruhanian Nabi ﷺ 


(2) Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir memahami  Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabiﷺ 


(3)  Mahir di dalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada Ketuhanan, iaitu sudah sampai Maqam Mukasyafah, terbuka kepada Ketuhanan dan di dalam pimpinan Rasulullah ﷺ.  Beliau mencapai semua ini setelah mujahadah lama di dalam pimpinan Gurunya yang juga Pewaris Nabi yang Siddiq.


(4) Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi ﷺ 


(5) Da'wah (menyampaikan) seruan Islam kepada manusia serta Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar


(6) Bersifat Siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.  Beliau bukan pendusta.  Sama sekali tidak berdusta.  Beliau pemegang Amanah Nubuwwah.


(7)  Tidak mencintai dunia atau mengejar dunia.  Kecintaan pada dunia dan akhirat telah binasa.   Dalam hati, ruh dan sirr (rahsia yang sangat dalam)  hanya tinggal cintanya kepada Allah semata-mata.


(8) Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia terutama orang beriman, wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.    Tetapi sangat keras terhadap manusia-manusia sombong dan manusia yang menyeru kepada kesombongan, kefasikan, kekafiran dan kesesatan.


(9) Wajahnya, perkataannya, gerak gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.  Hanya dengan melihat wajahnya akan membawa Ingat kepada Allah.


(10) Terkenal di tempat jauh



Bersambung siri 460 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...