Monday, August 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 460)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



Tanda-tanda Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

(Ulangan secara ringkas)


Selain dari memeriksa Syarat-syarat Mursyid yang telah disebutkan, kamu boleh pastikan kebenaran seorang Shaikh dengan menghadiri Majlis-majlisnya.  Dalam majlis itu bukakan hati, buangkan semua ego takabbur dan mohon Allah Taala tunjukkan kebenarannya.


Jika kamu mempunyai ego takabbur atau niat tidak ikhlas, kamu takkan dapat melihat kebenaran.  Abu Jahal ingkar kepada Rasulullah kerana hati dia dipenuhi sifat kebencian dan takabbur.  Walaupun Abu Jahal melihat Wajah Nabi yang agung, dia TIDAK terbuka kepada melihat Cahaya Nubuwah pada diri Nabi, sebaliknya apa yang dia lihat adalah  "Wajah dirinya yang buruk, jahat, keji, sombong"  maka TIDAKLAH dia memperoleh petunjuk.  


Sebaliknya Abu Bakr dan Sahabat lain melihat Cahaya Nubuwwah  pada diri Rasulullah lalu beriman penuh kepada Baginda.


Sesungguhnya Mursyid yang benar membawa Nur Muhammad dan melimpahkannya kepada ummat.  Sesiapa yang ikhlas akan dapat melihatnya atau dapat merasainya dalam hatinya.   


Berikut adalah di antara tanda-tanda tersebut :


Tanda 1 :  Melihat wajahnya akan Ingat terus kepada Allah

Apabila bersama Guru tersebut, hati Ingat Allah.  Hati lunak berzikir Ingat Allah.  Bahkan hanya dengan melihat wajahnya terus Ingat Allah.  Ini bukti paling kuat benarnya dia Mursyid yang Siddiq (benar) kerana seorang Mursyid yang benar membawa Cahaya Muhammad dan menyinarinya kepada murid-muridnya, orang-orang sekelilingnya bahkan seluruh alam.  


Tanda 2 :  Manis ibadah 

Apabila bersama Guru itu, seseorang akan bertambah ibadahnya dan gemar melakukan kebaikan.


Tanda 3 :  Jauhi kemungkaran

Apabila bersamanya seseorang akan menjauhi (tiada gemar) melakukan kemungkaran.


Tanda 4 :  Bertambah Ilmu

Apabila bersamanya bertambah ilmu agama menurut Ahlus Sunnah yang benar.


Tanda 5 : Kecintaan kepada Allah

Apabila bersamanya seseorang akan lebih Mencintai Allah.


Bersambung siri 461 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...