Tuesday, July 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 402)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-54 : Memusuhi Auliya Allah

.... Sambungan...


(7) Hanya Wali Allah peringkat tinggi tahu beliau Wali Allah. 

Kebanyakan Auliya Allah tidak mengetahui bahawa diri mereka Auliya Allah.  Hanya Auliya Allah yang berada pada tingkat-tingkat yang sangat tinggi mengetahuinya.  Mereka juga mengetahui dan mengenali setiap Auliya Allah pada zaman beliau.  Walau bagaimanapun mereka tidak sesekali mendedahkan kewalian mereka kepada umum kerana ia merupakan hal Rahsia Ketuhanan. 


(8) Darjat dan tingkatan berbeza-beza.

Auliya Allah mempunyai Darjat-darjat tertentu sesuai dengan Darjat Keimanan atau Tauhid yang mereka capai di dalam perjalanan mereka pada Jalan Ma'rifat.  Mereka menanggung Amanah Kerasulan dan Kenabian atas muka bumi sesuai dengan Tingkatan masing-masing.


(9) Amanah berbeza-beza.

Sebahagian Auliya Allah diberi Kuasa mentadbir Dunia Ma'rifat, merekalah Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq.  Sebahagian yang lain hanya melakukan Zikrullah dan Ubudiyyah terus-menerus tanpa henti.  Mereka memenuhi  bumi dengan Kalimah Allah dan Cahaya Tauhid.


(10) Karomah Hissiyyah.

Sebahagian daripada Auliya Allah yang sudah tetap maqam mereka di Kurniakan oleh Allah Karomah Hissiyyah, iaitu kelebihan-kelebihan mencarikkan adat atau menembusi hukum alam.  Semua ini daripada Anugerah Allah, bukan sihir dan bukan hasil daripada bantuan jinn syaitan seperti yang dilakukan oleh ahli sihir, bomoh, ahli silat dan sebagainya.  


(11) Karomah Hissiyyah BUKAN syarat kewalian.

Karomah Hissiyyah BUKAN syarat menunjukkan seseorang itu sudah mencapai maqam kewalian.  Syarat sebenar kewalian dan Pewaris Nabi adalah tetap istiqamah pada Jalan Ma'rifat, berpegang teguh pada Syari'at (zahir) dan Toriqat (batin) dan sentiasa di dalam Ubudiyyah dan ketaqwaan.


(12) Tipu daya Syaitan. 

Setengah orang yang minat kepada bidang keruhanian tertipu dengan ahli sihir, bomoh, dukun, ilmu batiniah yang menunjuk-nunjuk berbagai kehebatan zahir dan menganggapnya karomah Wali sedangkan ianya tipu daya syaitan dan ahli sihir. 


(13) Pengertian sebenar memusuhi Auliya Allah. 

Tajuk "Dosa besar memusuhi Auliya Allah" adalah bermaksud memusuhi Auliya Allah yang sudah dikenali sebagai Auliya Allah.  Hal ini tidak termasuk "Wali Palsu"dan "Wali Syaitan".


Bersambung siri 403 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...