Tuesday, July 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 401)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-54:

Memusuhi Auliya Allah

==================


Definisi-Definisi

=============


Definisi Auliya Allah


Dari segi bahasa:  

Auliya (أَوْلِيَاءَ) adalah dekat, wakil, penolong, pemimpin yang menolong mengurus suatu bagi pihak lain.


Dari sudut Istilah:  

 Auliya Allah ( أَوْلِيَاءَ الله ) adalah Kekasih Allah dan Wakil-Nya atas  muka bumi yang Allah Ta'ala Pilih Khusus bagi mentadbir dunia menurut Kehendak dan Perintah-Nya.  Mereka adalah Mu'min sejati, benar-benar Taqwa kepada Allah, Arif Billah, istiqamah Ubudiyyah kepada Allah zahir dan batin, istiqamah melaksanakan Perintah Allah tanpa ketakutan pada siapa pun dari kalangan makhluq.  Mereka hanya takut kepada Allah semata-mata.


Definisi memusuhi Auliya Allah

Memusuhi Auliya Allah adalah ingkar, menentang, melecehkan, meremehkan, menyakiti, melakukan propaganda jahat, memfitnah, menghina, mengolok-olok, dan berbagai perkara yang mencemarkan nama baik seseorang Auliya Allah. 



Penjelasan:

==========


(1) Auliya Allah — hamba Pilihan Allah.

Ketahuilah, hamba-hamba Pilihan Allah yang di-Kasihi-Nya yang dikenali sebagai Auliya Allah, benar-benar wujud di atas muka bumi.  Mereka bukan bayangan atau dongeng seperti sangkaan setengah kelompok Wahhabiyyah (Khawarij). 


(2) Rasul dan Nabi adalah Auliya Allah yang khusus.

Rasul dan Nabi adalah termasuk ke dalam pengertian Auliya Allah.  Walau bagaimanapun apabila disebut "Auliya' Allah" secara khusus, maka ianya merujuk kepada Mu'min yang benar-benar bertaqwa kerana kedua-dua insan Pilihan Allah ini (Rasul dan Nabi) sudah pun mempunyai panggilan khusus masing-masing.

 

(3) Setiap Mursyid yang siddiq adalah Auliya Allah.

Sekalian hamba Allah yang di-Pilih oleh Allah menjadi Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, adalah Auliya Allah.  Namun mereka tidak dimasyhurkan sebagai Auliya Allah ketika mereka masih hidup. Gelaran Auliya Allah hanya dimasyhurkan ke atas mereka setelah kewafatan mereka.  Ini adalah penjagaan agar gelaran "Mursyid" tidak disalah gunakan oleh Guru-guru palsu. 


(4) Maqam Marifat yang tinggi.

Auliya Allah adalah mereka yang telah mencapai Maqam Tauhid, Ma'rifat yang tinggi — iaitu mereka yang suci bersih hatinya daripada Syirik khafi (syirik di dalam hati), mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian) atau aghyar (segala suatu selain Allah).  Mereka sentiasa berzikir dan abdikan diri kepada Allah Ta'ala zahir dan batin.  


(5) Pegang teguh pada Syari'at dan Toriqat.

Mereka berpegang  teguh pada Allah dan Rasul-Nya dan menjunjung tinggi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ sebagaimana yang kami telah bentangkan di dalam Risalah ini dan beberapa Risalah lain. 


(6)  Berada di dalam Qubah Allah.

Sekalian Auliya Allah berada di dalam "Qubah Allah", iaitu di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah Ta'ala.  Mereka sentiasa berserta  Allah dan tiada dukacita apa pun hal keduniaaan. 


Bersambung siri 402 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...