Monday, July 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 400)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-53:

Menyakiti Rasulullah ﷺ

...sambungan....



Contoh 7 : Mengherdik Rasulullah ﷺ

Mengherdik atau membentak Rasulullah ﷺ merupakan dosa besar yang terlebih besar kerana ianya merupakan kebiadaban dan perbuatan demikian menghantarkan seseorang kepada kekufuran yang nyata. 


Orang Islam yang benar-benar takut kepada Allah dan Rasul-Nya  TIDAK SAMA SEKALI berani mengeluarkan kata-kata demikian. 


Ketika hayat Rasulullah ﷺ lagi telah pun terjadi peristiwa pahit orang Islam sendiri menyakiti Baginda dan mengherdik Baginda dengan kata-kata :


"Ya Muhammad, berlaku adillah" 


sehingga para Sahabat rapat bangkit dan memohon izin kepada Rasulullah ﷺ untuk pancung kepalanya, namun Rasulullah ﷺ melarang mereka berbuat demikian untuk mengelakkan fitnah lebih besar. 


Kisah ini terjadi ketika peristiwa pembahagian _ghanimah_  Perang Hunain. Ketika itu Baginda sedang membahagi-bahagikan harta perang Hunain, tiba-tiba datang seorang lelaki bernama Zul Khuwaishirah dari Bani Tamim lalu menjerit kepada Baginda, 


"Ya Muhammad, berlaku adillah"


atau dia berkata: 


 "Ya Rasulullah hendaklah engkau berlaku adil."


Hadith Rasulullah ﷺ: 

“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radhiallahu'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan pembahagian (harta rampasan), datanglah Dzul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, engkau mesti berlaku adil".  Maka Baginda berkata: "Celaka kamu! Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku  yang berbuat adil.  Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil".  Kemudian 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya! Sabda Baginda : "Biarkanlah dia kerana dia  memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka.  Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka.  Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya (haiwan buruan).” 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 401 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...