Friday, July 19, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 406)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-54 : Memusuhi Auliya Allah

.....sambungan....



Tanda-tanda Auliya Allah

===================


Sampai ke perhentian ini, kamu sepatutnya sudah menyedari bahawa hamba-hamba Allah yang dikenali sebagai "Auliya Allah" benar-benar wujud di atas muka bumi dengan bukti-bukti nyata dari Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah. 


Sebahagian dari mereka (Auliya Allah) di-Kurniakan Amanah Mentadbir Kerajaan Ma'rifat dan Kerajaan Dunia sekaligus (Ini zaman Pemerintahan Sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin).  Sebahagian lagi di-Kurniakan Amanah mentadbir Dunia Ma'rifat sahaja (Ini kemudian dari zaman Pemerintahan Sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin dan akan berlangsung sehingga kedatangan Imam Mahdi Alayhis-Salam).  Mereka ini yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Sebahagian lagi dari kalangan Auliya Allah ini tidak diberikan apa-apa amanah mentadbir tetapi hanya amanah ubudiyyah - zikrullah dan kewajipan yang lain sampai akhir hayat mereka. 


Kesemua mereka (Auliya yang diberi amanah mentadbir Kerajaan dunia dan Kerajaan Ma'rifat, atau Kerajaan Ma'rifat sahaja, atau semata-mata amanah Ubudiyyah sahaja... semua ini adalah di dalam Tadbir Allah Ta'ala). 


Berikut kami sebutkan sebahagian daripada tanda-tanda menunjukkan kewalian seseorang sebagaimana disebut di dalam Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Qias Ulama Mu'tabar.


Tanda Pertama: Benar-benar beriman dan bertaqwa

Ini tanda paling awal yang wajib wujud pada seseorang Auliya Allah.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.  Ertinya tak mungkin mereka itu dari kalangan orang fasiq, keji atau kufur. 


Firman Allah Ta'ala:


ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.  


 Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar-benar Taqwa).  

[Yunus (10) : Ayat 62]


Tanda ke-2: Berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Setiap hamba Allah yang diangkat oleh Allah kepada Maqam Auliya Allah adalah dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah dan TIDAK sesekali dari kalangan firqah sesat — 72 golongan sesat ( Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafdhi), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dan lain-lain ). 


Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Ketika ditanya "Pernahkah wujud Wali Allah selain dari Ahlus Sunnah, beliau menjawab: "Tidak wujud, dan tidak akan wujud selama-lamanya,"

[Qalai'd Al-Jawahir]


Tanda ke-3: Pegang teguh kepada Syari'at dan Toriqat Rasulullahﷺ

Setiap Auliya Allah lahir dari Jalan Ma'rifat, iaitu Jalan Agama yang lurus, jalan yang benar yang telah ditempuh oleh Rasulullah ﷺ dan Sahabat dan diwarisi turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah.  Jalan Ma'rifat itulah jalan sebenar Ahlus Sunnah, berpegang teguh dengan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Barangsiapa abaikan salah satu daripadanya maka dia jatuh kepada fasiq atau zindiq.  Maka tak mungkin seseorang Auliya Allah bersifat demkian.


Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata: 


مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق


“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq.  Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq.  Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran. ”


[Nukilan di dalam kitab :

Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali

Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq

Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi

Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi

Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani]


Bersambung siri 407 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...