Thursday, July 18, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 405)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-54:

Memusuhi Auliya Allah

.....sambungan....



Ke-3 : Tidak mencapai Maqam Auliya Allah tanpa mengikut Jalan Ma'rifat

Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, seseorang hamba Allah tidak akan mencapai maqam Qurbah (kehampiran dengan Allah), dan tidak akan mencapai Mukasyafah mengenal Allah dari dalam hati dan ruh dan sirriyyah (rahsia yang sangat mendalam) dan tidak akan menjadi orang yang di-Kasihi Allah sehingga dia mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Allah — Jalan Ma'rifat dengan berpegang teguh kepada Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ tanpa memisah-misahkannya, sebagaimana yang diwarisi oleh Sahabat Baginda, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit-Tabiin, kemudian sekalian Masyaikh turun-temurun sampai ke zaman ini, tiada putus dan tiada tercemar oleh tangan-tangan kotor nafsu manusia atau syaitan.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sesiapa tidak memperoleh Ilmu ini (Ilmu Ketuhanan yang terpancar dari hati yang telah disucikan), tidak akan menjadi Arif (Maqam Tauhid hakiki), walaupun dia membaca seribu kitab.  Walau bagaimana tinggi pun ilmu zahir seseorang, ia tidak akan membantunya memasuki  Hadratul Quddus (mencapai Tauhid hakiki / Keimanan sejati). 

[Sirrul Asrar]


Berkata lagi Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Hal ini (Rahsia Ketuhanan Mu'min sejati) hanya difahami dan mampu dihayati oleh mereka yang di-Kurniakan "faham" oleh Allah disebabkan kesucian ruhaniyah yang terlengkap di dalam batinnya. Orang yang terhijab batinnya daripada rahsia Ketuhanan ini akan tinggal "jahil" selama tidak terarah kepada tugas menyucikan batinnya."

[Sirrul Asrar]


Ke-4 : Suluk-khilwah — jalan kembali kepada Allah 

Hadith Qudsi ini menegaskan Jalan sebenar menyucikan hati sehingga benar-benar bercahaya dan kembali kepada fitrah (kesucian asal) adalah Jalan Ma'rifat, iaitu amalkan Syari'at dan Toriqat Rasulullah dengan pimpinan Guru yang arif.


Ke-5 : Wali Allah melihat dengan Nur Allah (Cahaya Ketuhanan) 

Di antara kemuliaan agung yang Allah Kurniakan kepada Auliya Allah adalah melihat segala sesuatu dengan Nur Allah.  Allah Ta'ala memasukkan Cahaya Ketuhanan ke dalam hatinya setelah suci hatinya daripada Syirik (yang tersembunyi di dalam hati), Mazmumah (kekejian), ghaflah (lalai) dan aghyar (segala sesuatu selain Allah). 


Ke-6 : Memusuhi Auliya adalah dosa besar

Hadith Qudsi ini mengisytiharkan bahawa orang-orang yang memusuhi Wali-Nya (Kekasih-Nya) itu adalah dia Musuh Allah, orang di-Murkai Allah, menerima azab yang berat.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 406 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...