Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 351)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



SIRI 351 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



(7) Berbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada Ulama Allah, Ulama Billah, Ulama yang sebenar-benar Ulama yang mendapat kemuliaan Allah.


Mursyid  — Pembimbing kepada Allah, Penunjuk Jalan Lurus, Penunjuk  Jalan Kebenaran, Penunjuk Jalan Lurus yang di-Redhai Allah. 

  

Ahli Sufi — Hamba Allah yang disucikan hati mereka daripada sekalian kesyirikan (syirik khafi), mazmumah (kekejian), Ghaflah (kelalaian), Aghyar (segala sesuatu selain Allah) sehingga hati, ruh dan sirr mereka bercahaya dengan Cahaya Ketuhanan. 


Ahli Ma'rifat — Mengenal Allah dari pandangan batin hati, ruh dan sirriyah (rahsia Ketuhanan yang mendalam). 


Ulama Billah — Alim Billah yang  berserta Allah pada setiap saat, tempat dan ruang. 


Rijalullah — Lelaki Allah, Pahlawan Allah yang teguh berserta Allah. 


Ulama Mu'tabar — Ulama benar yang sampai Silsilah keruhanian kepada Rasulullah ﷺ  dan penerimaan Ilmu turun-temurun daripada Rasulullah    ﷺ dengan kaedah murni, suci bersih dari campur tangan nafsu atau iblis. 


Murobbi  — Pendidik agung yang memimpin kepada Allah. 


Khalifah Allah — Wakil Allah yang memakmurkan bumi Allah dengan Kalimah Allah. 


Khalifah Rasulullah — Pengganti Rasulullah ﷺ yang menyebarkan Cahaya Ketuhanan dan Cahaya Nubuwwah ke seluruh alam semesta. 


Sahabat Rasulullah — Penolong-penolong Rasulullah ﷺ yang sentiasa bersedia untuk khidmat kepada Baginda zahir dan batin. 


Auliya Allah — Kekasih Allah yang menerima berita gembira dari Allah yang tiada takut pada suatu apa pun, hanya Allah.



(8) Orang-orang beriman dilarang keras memandang rendah, mengejek, mengolok-olok, menghina "Ulama Billah", kerana perlakuan tersebut adalah perlakuan kafir dan munafiq.  Pada zaman hayat Rasulullah ﷺ, orang-orang kafir dan munafiq berkumpul dan mengejek-ejek Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.  Orang kafir terang-terangan mengejek, olok-olok dan menghina sedangkan golongan munafiq berpura-pura manis mulut di hadapan Rasulullah  ﷺ sedang di belakang Rasulullah  ﷺ, mereka (munafiq) bergelak ketawa dengan olokan, ejekan dan penghinaan yang mereka telah lakukan. 


Bersambung siri 352 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...