Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 350)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



Penjelasan

=========


(1) Perbahasan tajuk ini kami telah bentangkan di dalam Kitab kami bertajuk "Mencari Pewaris Nabi Yang Sebenar".  Kandungan, konsep perbahasan dan matlamatnya hampir sama, hanya perbezaannya pada teknik dan sudut perbincangan.


(2) Istilah Ulama' (kemudiannya dikenali juga sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Auliya Allah) adalah suatu istilah Agung yang bersumber dari Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ sehingga barangsiapa menafikannya, mengingkarinya, menentangnya, mencacinya, mengejek-ejeknya, mengolok-oloknya, meremehkannya, merendah-rendahkannya atau barang sebagainya, maka adalah dia menentang Allah dan Rasul-Nya tanpa khilaf lagi meskipun orang itu mempunyai kedudukan di dunia sebagai Raja, Sultan, Perdana Menteri, Presiden, mufti atau qadhi atau profesor atau pangkat-pangkat lainnya.


(2) Setiap Ulama (kemudiannya dikenali juga sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Auliya Allah) adalah pilihan Allah yang Dia (Allah) menzahirkan mereka sebagai Pewaris Nabi, menduduki maqam Nubuwwah, menanggung Amanah besar sebagai khalifah Allah dan wakil Rasulullah ﷺ, bagi memakmurkan bumi dengan Cahaya Ilahiyyah. 


(3) Ulama (kemudiannya dikenali juga sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Auliya Allah) menduduki posisi Agung di Sisi Allah disebabkan oleh rahsia Ilahiyyah di dalam batin mereka. Mereka bukan manusia biasa tetapi insan-insan luar biasa yang menjadi Rijalullah (lelaki Allah, Pahlawan Allah). 


(4) Istilah-istilah "Mursyid", "Ahli Sufi", "Ahli Ma'rifat" merupakan ijtihad Masyaikh Ahlus Sunnah yang semuanya bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah.  Tujuan para masyaikh kita menjelaskan istilah-istilah tersebut adalah: Yang pertama kerana ianya dijelaskan sesuai dengan kedudukan "Ulama" yang istimewa di Sisi Allah.  Yang kedua bertujuan memuliakan mereka sebagaimana dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya. Yang ketiga guna membezakan Ulama yang benar dengan Ulama palsu, Ulama as-su', Ulama politik, Ulama sesat. 


(5) Ketika nama "Ulama" dicemari oleh "Ulama-Ulama as-su' (ulama jahat, fasiq, kufur)", "Ulama Sesat" — khawarij (wahhabiyyah), syi'ah (rafidhi), mu'tazilah, jabariyyah, mujassimah, musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 golongan sesat, maka pada saat itu sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang benar tetap berpegang teguh dengan warisan suci Rasulullah ﷺ,  menolak sistem jahiliah yang dihidupkan semula oleh ahli politik korup dan "Ulama-ulama jahat, fasiq dan keji".  Hal ini berlaku setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah.  Orang-orang jahil memakai pakaian "Ulama" dan menduduki kerusi ahli fatwa.  Mereka tunduk kepada penguasa-penguasa fasiq mengeluarkan fatwa sesuai dengan selera nafsu mereka.  Mereka inilah "Ulama as-su', Ulama Syaitan, Ulama nafsu."


 (6) Istilah-istilah lain yang diterbitkan oleh Ulama Ahlus Sunnah berkenaan istilah "Ulama" bagi membezakan Ulama yang benar dengan Ulama palsu, Ulama jahat, Ulama dunia adalah Rahmat Allah yang besar bagi ummat.  Dengan wujudnya istilah Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat dan lain-lain Ummat Islam akan waspada agar tidak tertipu kepada dakyah Ulama-Ulama fasiq, kufur dan sesat. 


Bersambung siri 351 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...