Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 352)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



Dalil-Dalil Penting

==============


Dalil 1: Ulama adalah pilihan Allah


Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)”                                   

[Faathir (35) : Ayat 32] 


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Ulama Billah - Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima  “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya : ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

[Tamat petikan kitab :  Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Dari penjelasan Al-Imam di atas, difahami keseluruhan Firman Allah ini [Surah Faathir (35) : Ayat 32] menegaskan akan lahirnya Pewaris-pewaris Rasulullah ﷺ yang Benar, yang kemudiannya dikenali sebagai “Mursyid ”atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” dan mereka adalah Pilihan Allah Ta’ala dan BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan parti-parti politik, BUKAN pilihan pemimpin negara, BUKAN pilihan Jabatan Agama, bahkan BUKAN juga pilihan Gurunya yang telah memimpinnya pada Jalan Ma’rifat, tetapi ia semata-mata Pilihan Allah. Guru beliau hanya menzahirkan kepada umum akan Pilihan Allah tersebut.


Bukti bagi kenyataan ini adalah penegasan Allah Ta’ala:

“diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami (Pilihan Allah).”


Jika ditanya : Siapakah yang mengetahui pilihan Allah tersebut?

Jawapannya adalah:

Pilihan Allah tersebut Diketahui Oleh Gurunya Yang Arif (Ulama Pewaris Nabi yang memimpinnya kepada Allah)


Jika ditanya lagi : Bagaimanakah Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya?


Jawapannya : 

Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya yang benar-benar Arif, melalui Petunjuk Allah ke dalam hatinya, iaitu disebut sebagai _Kasyaf, Khitob Sirri, Firasat, Ilham Rabbaniyyah. Gurunya tidak akan tertipu dengan bisikan-bisikan nafsu atau syaitan kerana beliau sudah mengenal Allah dengan keyakinan yang sempurna dan sangat mahir mengenal serta mampu bezakan segala bisikan-bisikan jahat yang datang dari jinn atau syaitan.


Bersambung siri 353 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...