■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 377)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-49:
Menghina orang miskin
kerana kemiskinannya
... Sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan
=================
(1) Benar-benar insaf bahawa Allah Ta'ala ciptakan manusia bertingkat-tingkat dari sudut keluasan rezeki, pangkat dan kedudukan. Ada yang menjadi kaya-raya, bekedudukan, berpangkat dan ada yang menjadi miskin, tiada harta, tiada pangkat, hidup melarat. Pada setiap penciptaan ini terdapat beberapa rahsia kehidupan bagi keseimbangan dunia dan beberapa rahsia meliputi dugaan Allah Ta'ala ke atas manusia.
(2) Apa saja kelebihan berupa harta kekayaan, wang ringgit, pangkat, kedudukan dan lain-lain adalah pada haqiqatnya Milik Allah. Maka tidak layak bagi sesiapa pun takabbur, menyombong diri, besarkan diri, menunjuk hebat di hadapan manusia.
(3) Sentiasa insaf bahawa Allah Ta'ala Maha Berkuasa meninggikan dan menjatuhkan seseorang. Dia Yang Maha Kuasa Mengurniakan kekayaan, kedudukan, pangkat kepada seseorang dan Dia juga Maha Berkuasa menjatuhkannya menjadi papa kedana dan hina-dina.
Jika hari ini kamu kaya, mempunyai harta melimpah, hidup mewah, mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, hanya dalam sekelip mata Allah Maha Berkuasa menjadikan kamu manusia miskin dan hilang segala kekuasaan dan kebanggaan kamu.
Jika hari ini kamu berpangkat menjadi menteri, pegawai tinggi, hulubalang, Sultan, Raja... hanya dalam sekelip mata Allah Ta'ala Maha Berkuasa jatuhkan kamu menjadi orang biasa yang hina.
Dengan demikian jangan kamu sombong dengan segala harta benda, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang kamu miliki. Semua kelebihan tersebut hanyalah dugaan dan cubaan ke atas kamu. Jangan sesekali menunjukkan kesombongan kepada orang miskin, tiada harta dan hidup melarat. Jangan sesekali hina mereka sebaliknya pandang mereka dengan pandangan belas ihsan, rendahkan diri dan insaf apa saja yang ada di tangan kamu tidak lain melainkan sebuah "Amanah".
Bersambung siri 378 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment