Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 343)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....




Contoh-Contoh:

==============



Contoh 1: Makar (propaganda jahat) kafir Harbi melabelkan Islam sebagai Agama pengganas.


Di antara makar (propaganda jahat) Kafir Harbi Yahudi, kristian dan sekutu-sekutu mereka hapuskan Islam adalah dengan cara propaganda melabelkan Islam sebagai ajaran melampau dan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas supaya manusia tidak memeluk Islam.  Sedangkan hakikatnya puak-puak yahudi, kristian dan sekutu-sekutu merekalah yang sebenar-benar pengganas dan pengikut Iblis La'natullah.  Sejarah menulis dengan darah Nabi dan syuhada akan kejahatan kaum yahudi yang memusuhi sekalian Nabi-Nabi yang Allah Utuskan kepada manusia. 


Contoh 2: Makar (propaganda jahat) kafir harbi menggantikan Undang-Undang Allah dengan undang-undang Kafir


Asalnya ini adalah propaganda Yahudi, kristian dan kafir Harbi yang lain.  Kemudiannya disokong oleh orang-orang "bernama Islam" dari kalangan pemerintah, ahli politik, golongan terpelajar dan orang awam jahil sehingga akhirnya demokrasi, kapitalisma, socialisma diterima sebagai cara hidup mereka menggantikan Syari'at Allah. 


Contoh 3: Makar (propaganda jahat) hapuskan Toriqat


Sebahagian dari makar (rancangan jahat, propaganda jahat) Yahudi, Nasrani dan kafir Harbi adalah hapuskan Toriqat (Tasawwuf).  Mereka menggunakan orang-orang Islam sendiri dari kalangan ahli politik, alim fekah, kiyai, muallim, hafiz Qur'an, PhD, Drs, Profesor untuk sebarkan dakyah jahat bahawa Toriqat tu sesat.  Maka berlumba-lumbalah ustaz-ustazah moden, profesor jahil, mufti jahil,  mengeluarkan "fatwa" menurut nafsu dan Iblis bahawa Toriqat itu sesat, tahyul, khurafat dan sebagainya.  Wal Iyazubillah.  


Sebagaimana kami jelaskan berulang-ulang di dalam risalah-risalah kami, menurut I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ adalah dua macam Ilmu yang bersumber dari Wahyu Ilahi yang WAJIB dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang yang mengaku beriman.


Syari'at menjelaskan kepada kamu ilmu dan amal yang berkaitan dengan zahir perbuatan dan perkataan manusia.  Sedang Toriqat menjelaskan tentang ilmu dan amal berkaitan dengan hati, penyakit-penyakit hati, nafsu-nafsu jahat, kesyirikan dalam hati dan cara-cara hapuskan kejahatan hati sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang sejati. 


Akibat dari makar propaganda jahat ini nama Toriqat menjadi buruk pada pandangan kebanyakan orang Islam.  Akibatnya kebanyakan orang Islam awam hanya amalkan Syari'at (fiqh) semata-mata sedangkan Toriqat (Tasawwuf) diabaikan. Bahkan lebih buruk lagi,  ramai ingkar akan wujudnya Toriqat yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ oleh Sahabat dan Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya. Sebahagian lagi yang buta menentangnya atau mencercanya atau menghinanya.  Betapa bodohnya golongan ini.  Mereka "menggali kubur" sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 344 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...