■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 344)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 47
Merencanakan Kejahatan
...... sambungan.....
Contoh 4: Makar (propaganda jahat) wujudkan Ahlus Sunnah Palsu
Di antara makar (propaganda jahat) kafir harbi lagi adalah melakukan Propaganda mewujudkan "Ahlus Sunnah Palsu". Sekurang-kurangnya tiga Golongan yang mengaku Ahlus Sunnah padahal mereka adalah Golongan ghuluww yang memusuhi Ahlus Sunnah:
(1) Syi'ah (rafidhi)
(2) Wahhabiyyah (khawarij zaman moden)
(3) Sekular (liberal)
Contoh 5: Makar (propaganda jahat) mengubah kandungan kitab Imam-Imam Ahlus Sunnah
Wahhabiyyah atau namanya Najdiyyah atau namanya ISIS atau namanya Salafi atau nama-nama lain yang bersekutu dengan doktrin Wahhabiyyah yang berpusat di Arab Saudi telah melakukan pemalsuan Kitab Ahlus Sunnah.
Mereka tidak sedikit pun takut mengubah, menambah atau hapuskan terus kandungan Kitab Ahlus Sunnah demi mempertahankan doktrin BATIL Wahhabiyyah. Golongan bid'ah sesat ini mengambil langkah terbaru ini setelah gagal meyakinkan Ummat Islam akan ajaran mereka.
Jangan lupa : Golongan Wahhabiyyah adalah jelmaan daripada fahaman sesat Khawarij dan campur aduk dengan fahaman Mujassimah. Golongan ini telah difatwakan sesat oleh kesemua Imam Ahlus Sunnah pada zaman kebangkitannya di Arab Saudi pada kurun ke -12 Hijriyyah. Demkian pendirian Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar sepanjang zaman telah memfatwa sesat pada golongan ini.
Menurut kajian Ahlus Sunnah lebih 300 judul kitab Ahlus Sunnah telah dipalsukan. Di antara kitab- kitab penting Ahlus Sunnah yang dipalsukan oleh Wahhabiyyah...
1. KItab Hadith Bukhari
2. KItab Hadith Muslim
3. Kitab Hadith Tirmizi
4. Kitab Hadith Imam Abu Dawud
5. Kitab Hadith Imam Ahmad
6. Kitab Hadith Ibn Majah
7. Kitab Hadith An-Nasai
8. Kitab Muwatta Imam Malik
9. Kitab Ibanah
10. Fathu Bari — Syarah Sahih Bukhari
11. Syarah Sahih Muslim
12. Tafsir Ruhul Ma'ani
13. Tafsir Tabari
14. Tafsir Qurtubi
15. Hasyiah Asy-Syawi
16. Hasyiah Ibn Abidin
17. Majmoo Fataawa
18. Diwaan Imam Shafie
19. An Nassehah Imam Hanafi
20. Tabaqat Ibn Saad
Golongan Wahhabiyyah tidak sedikit pun takut melakukan propaganda jahat ini kerana hati mereka sudah dikuasai Iblis. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 345 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment