Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 338)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



(8) Orang-orang yang mengaku Islam tetapi melakukan "makar" (rancangan jahat, tipu daya, helah licik untuk memerangi Ummat Islam dan ajaran Islam seluruhnya)  terhadap Ummat Islam terdiri dari beberapa golongan :


Pertama : 

Pemerintah zalim dan fasiq (raja, sultan, perdana menteri, presiden atau berbagai nama pada zaman ini). 


Kedua: 

Pembesar-pembesar, pegawai-pegawai yang menjadi kaki tangan kepada pemerintah fasiq.


Ketiga: 

Ulama-ulama As-Su' (jahat) yang memberi fatwa sesuai menurut Pemerintah fasiq.


Keempat: 

Golongan sesat — Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 golongan. 


Kelima: 

Orang awam yang jahil, penyokong buta yang tidak dapat bezakan haq dan batil. 


(9) "Makar" yang dilakukan oleh golongan kafir dan munafiq BUKAN hanya terhenti pada peperangan seperti yang dilakukan oleh puak-puak Yahudi di timur tengah, tetapi "makar" yang lebih halus yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah meliputi seluruh kehidupan; politik, ekonomi, pendidikan, pemakanan, budaya, pergaulan, pakaian, dan agenda yang terbaru adalah melalui perubatan.


(10) Di antara agenda, konspirasi, tipu daya jahat golongan Wahhabiyyah (khawarij) pada zaman ini untuk memerangi Ahlus Sunnah adalah "palsukan kitab Ulama Ahlus Sunnah" dan menerbitkan kitab PALSU versi Wahhabiyyah. 


(11) Orang-orang Islam yang menyokong segala perancangan jahat, agenda jahat, konspirasi musuh-musuh Allah ( orang-orang kafir, munafiq dan sesat) adalah mereka itu sama seperti  golongan yang melakukan "Makar" terhadap Ummat Islam (Ahlus Sunnah). Mereka jatuh kepada Golongan fasiq.


(12) Orang-orang Islam yang menyokong, mendokong, membantu perbuatan "makar" terhadap Ummat islam dengan apa jua cara adalah mereka itu sama seperti melakukan "makar" walaupun mereka hanya sekadar menyokong dengan penulisan sahaja.  Ertinya mereka fasiq,  menanggung dosa besar dan sama diancam Neraka.  Ini kerana bersubahat kepada kemungkaran adalah kemungkaran, bersubahat kepada kefasikan adalah kefasikan, bersubahat di dalam melakukan dosa adalah dosa.


Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu:

"Memasukkan hal ini (makar) telah dijelaskan oleh Ulama dan ini merupakan makna zahir dari beberapa hadith tentang melakukan tipu daya .  Sebab adanya ancaman bahawa melakukan makar dan tipu daya itu berada di dalam Neraka, yang dimaksudkan tidak lain adalah pelaku kedua perbuatan berada di Neraka dan ini merupakan ancaman yang sangat keras"

[Az-Zawaajir]


Bersambung siri 339  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...