Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 331)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



Contoh-Contoh

===============


Contoh 1 : Sebarkan fahaman Agama yang batil dan sesat

Barangkali inilah contoh paling umum terjadi di kalangan Ummat Islam. Mereka mengutip apa sahaja berita yang datang dari internet - tik tok, fb, ig, ws, tele dan lain-lain yang kelihatan menarik pada pendapat mereka lalu berpegang kepadanya dan sebarkannya kepada orang lain. Sedangkan berita yang disebarkan melalui internet tidak semuanya benar, sebaliknya banyak sekali yang bertentangan dengan Prinsip  Ahlus Sunnah. Di antaranya fahaman Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), sekular (liberal) dan lain-lain yang kelihatan seperti Ahlus Sunnah tetapi mengandungi racun kebatilan dan kesesatan.  Dalam beberapa saat sahaja maklumat yang mereka sebarkan mencapai ribuan bahkan jutaan orang.  Mereka telah berkongsi dosa sampai jutaan dalam hanya beberapa saat.  Wal Iyazubillah.


Contoh 2: Penyebaran Fitnah, adu domba dan pendustaan ahli politik

Platform media sosial menjadi medan menjana berita bohong oleh ahli-ahli politik untuk jatuhkan lawan.  Mereka sebarkan berbagai cerita palsu dan fitnah untuk buruk-burukkan parti orang lain. Orang awam yang tidak mengetahui mainan orang politik menerima apa saja yang disajikan di media, percaya bulat-bulat dan sebarkannya kepada orang lain.  Dalam beberapa saat, mereka telah menyebarkan maklumat palsu dan berita kefasikan, permusuhan dan kezaliman. 


Contoh 3: Penyebaran kitab Ahlus Sunnah yang dipalsukan

Golongan wahhabiyyah (khawarij) melakukan propaganda memalsukan kitab-kitab Ulama Ahlus Sunnah.  Mereka mengubah kandungan kitab-kitab Masyaikh Ahlus Sunnah yang ternama dan sebarkannya kepada Ummat terutama penuntut-penuntut pondok.  Maka setiap orang yang menyebarkan kitab-kitab yang telah dipalsukan itu mendapat saham dosa selama kitab tersebut diajarkan dan disebarkan.


Bersambung siri 332  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...