Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 332)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....




Contoh 4: Sebarkan Fatwa batil Ulama as-su (ulama jahat)

Lahirnya Ulama as-su', (ulama jahat),  ulama nafsu, ulama politik jahat bukanlah suatu yang baru.  Ulama politik jahat yang memutar belitkan ayat Qur'an dan mengeluarkan fatwa-fatwa sesat telah lahir pada permulaan zaman mulkan Addhan (zaman pemerintahan zalim).  Mereka menyelewengkan ayat-ayat Allah dan "menjualnya dengan harga murah" demi mencapai kepentingan politik mereka. Pada hari ini Ulama politik yang mengeluarkan fatwa mengikut nafsu, memutar belitkan ayat Qur'an demi mencapai kemenangan di dalam pilihan raya  demokrasi.  Sebahagian orang yang fanatik buta mengambil fatwa-fatwa mereka yang sesat dan sebarkannya kepada umum.  Maka ramailah yang menjadi sesat akibat fatwa-fatwa batil.  Selagi fatwa tersebut berlegar dan tersebar, selagi itulah "ulama" jahat yang sebarkan fatwa sesat dan pendokong-pendokong butanya menanggung dosa yang tak terhitung banyaknya.  Hal ini tidak berubah dari perangai pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani  dan pengikut-pengikut buta mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah demi mencapai kepentingan nafsu mereka.  Wal Iyazubillah


Contoh 5: Sebarkan fahaman Sufi Palsu

Mursyid PALSU atau Sufi PALSU telah wujud sekian lama.  Manusia fasiq dan munafiq mengambil kesempatan di atas kelemahan Ummat lalu menyebarkan fahaman batil yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. 


Orang-orang Islam yang baru mula berjinak-jinak dengan Ilmu Tasawwuf, Toriqat dan Ilmu Keruhanian seringkali jatuh kepada perangkap mursyid PALSU dan Sufi PALSU. 


Sekali lagi internet menjadi medan mainan dan pertaruhan.  Golongan pendokong Mursyid PALSU yang sememangnya jahil menyebarkan berbagai fahaman sesat seperti "bertapa di Gunung-gunung, menunjuk-nunjuk karomah hissiyyah, mengaku bertemu wali songo dan lain-lain untuk menipu daya orang-orang jahil.  Orang jahil yang tak tahu apa-apa terus percaya dan pindahkan berita-berita palsu dari Sufi-Sufi PALSU kepada kenalan, kawan, saudara mara sehingga dalam beberapa saat sahaja maklumat batil dan sesat telah berpindah kepada jutaan manusia. 


Maklumat palsu, batil dan sesat yang dipindahkan melalui internet mencapai ribuan bahkan jutaan dalam hanya beberapa saat.  Orang yang bertanggungjawab sebarkannya mendapat dosa sebanyak mana orang menerima, membaca dan sebarkan pula kepada orang lain dan sambung-menyambung sampai Qiamat.  Ertinya mereka semua yang terkait mendapat dosa jariah (dosa berterusan mengalir ke dalam kuburnya). 


Meskipun orang yang menyebarkannya cuma fikir ianya sebagai khabar biasa, tetapi oleh kerana mereka tidak berhati-hati dan tidak selidiki kebenarannya terlebih dahulu menurut penilaian Ahlus Sunnah, maka mereka telah binasakan diri mereka.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 333  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...