Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 333)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



Akibat dari Sebarkan berita

tanpa usul periksa

==========================


Sebagaimana kami sebutkan pada awal tajuk ini, sesungguhnya orang-orang yang gemar kutip berita sana sini dan sebarkannya kepada orang lain sebelum usul periksa, atau orang-orang yang sebarkan apa sahaja yang didengarinya, maka dia jatuh kepada beberapa dosa besar, di antaranya:


(1) Di Murkai Allah

Orang yang gemar sebarkan khabar tanpa usul periksa jatuh kepada kefasikan sebagaimana penegasan Allah melalui Firman-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


(2) Jatuh kepada kekufuran dan kekejian tanpa disedari

Orang yang banyak bercakap tak sunyi dari menyeleweng lidahnya kepada kekufuran dan kekejian (mengumpat, mengata, mengejek orang lain tanpa disedarinya). 


(3) Menjadi Pendusta:

Kegemaran sebarkan apa sahaja yang diterima tanpa usul periksa akan sebarkan cerita-cerita bohong.  Berbohong atau berdusta adalah dosa besar.  Telah diketahui dosa berbohong adalah sifat munafiq.


Rasulullah   ﷺ  bersabda: 

“Empat sifat yang barang siapa ada padanya (mengerjakannya), maka ia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu:  Apabila diberi amanah, dia khianat, Apabila berbicara, ia dusta, Apabila berjanji, ia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan).  

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


(4)  Buka 'aib manusia:

Orang yang sebarkan apa saja yang didengar, lambat laun akan membuka 'aib orang lain tanpa disedarinya. Membuka 'aib manusia adalah dosa besar.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang mencari-cari 'aib saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka 'aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” 

[ ImamAt-Tirmizi]


(5) Jatuh kepada dosa Memfitnah:

Sesungguhnya orang yang hebahkan cerita palsu mengenai seseorang, maka dia telah “membunuhnya", iaitu musnahkan nama baiknya, menyebabkan orang pandang hina.  Maka ini dosa fitnah yang amat berat sekali.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ ». قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ « ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ ». قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِى أَخِى مَا أَقُولُ قَالَ « إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ »


Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ  bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”  Baginda bersabda, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ  “Jika sesuai kenyataan bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah memfitnahnya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 "Dan orang yang lebih dibenci oleh Allah antara kamu ialah pertama; orang yang suka membawa fitnah, kedua; orang yang suka memporakperandakan (memecah-belahkan) di kalangan saudaranya, ketiga; orang yang suka mencari jalan atau alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahannya." 

[Imam Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda: 

 "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (reka cerita, fitnah adu domba), akan dilempar ke Neraka sejauh antara timur dan barat."

[Imam Muslim]


Bersambung siri 334  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...