Sunday, January 08, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 224)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


Pengecualian — Tidak termasuk "sembunyikan ilmu"


Berikut adalah perkara2 yang tidak termasuk di dalam pengertian "Sembunyikan Ilmu".   Pada satu sudut perbahasan keilmuan ianya lebih tepat dikatakan "menahan ilmu" iaitu "menahan ilmu daripada sampai kepada orang yang belum layak menerimanya" atau "sembunyikan suatu maklumat kerana maslahat Agama"  atau "sembunyikan suatu rahsia kerana memelihara kehormatan / keselamatan seseorang."


Pertama : Sampaikan ilmu sesuai dengan aqal manusia

Ilmu disampaikan kepada manusia sesuai dengan aqalnya, tidak sekaligus.  Misalnya Ilmu Agama tidak disampaikan sekaligus kepada anak2 kecil atau orang yang baru masuk Islam.  Menahan sebahagian ilmu peringkat tinggi2 daripada mereka tidak tercela dan tidak dikatakan sebagai "sembunyikan ilmu"  sebaliknya ianya langkah yang terpuji. 


Kedua : Sembunyikan setengah ilmu dari kanak2

Kanak2 wajib dijauhkan daripada ilmu yang tidak layak mereka mengetahuinya, misalnya hubungan intim orang dewasa. Dan ini tidaklah dikatakan sebagai sembunyikan Ilmu yang tercela sebaliknya menjadi kewajipan atas kedua ibu bapa dan tanggungannya.


Ketiga : Sembunyikan Strategi Perang Fi Sabilillah

Ketika berlaku perang Sabil, sebahagian maklumat perang yang penting2 disembunyikan daripada pengetahuan umum sebagai suatu strategi dan sebagai langkah berjaga2 agar maklumat tidak terdedah kepada musuh. 


Keempat : Sembunyikan Rahsia Negara

Sebahagian hal ehwal Pemerintahan Negara wajib disembunyikan daripada pengetahuan umum, terutama hal2 berkaitan dengan keselamatan Agama, keselamatan Rakyat dan Negara.  


Kelima : Sembunyikan Rahsia Musyawarah

Setengah daripada adab Musyawarah yang terpenting adalah : Ahli2 musyawarah wajib sembunyikan keputusan2 Musyawarah bersifat khusus untuk mengelakkan berbagai sangkaan dan perbalahan di luar Musyawarah.  


Keenam: Murid pada Jalan Ma'rifat

Murid2 yang mengikut Jalan Ma'rifat, dilarang keras mendedahkan Natijah2 yang mereka peroleh ketika zikir sendiri, atau tawajjuh atau Suluk / Khilwah.


Ketujuh : Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sembunyikan Rahsia Ma'rifat

Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq adalah Pemimpin Ahlus Sunnah yang memerintah dunia Ma'rifat.  Mereka menerima berbagai rahsia Ketuhanan dan rahsia kehambaan, yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum, melainkan sedikit sahaja.  


Berkata Imam Al-Haythami Radiallahu anhu :

"Merahsiakan sesuatu terkadang wajib. Menyatakan sesuatu terkadang wajib dan terkadang Sunnah. Semua bergantung kepada masalahnya. Jika berkaitan dengan persoalan yang boleh menimbulkan fitnah, maka orang yang menyimpan persoalan itu wajib menyimpannya (wajib sembunyikannya)."

[Al-Zawaajir]


Bersambung siri  225  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...