Friday, January 06, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 215)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27:  Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia

sambungan....


Pengecualian?


Tiada pengecualian bagi perbuatan ini kerana ianya berkait dengan dasar Agama, IMAN, TAUHID dan IKHLAS.  


Riya' atau tidak Ikhlas adalah sebahagian dari Syirik Khafi  (tersembunyi) dan ini berlawanan dengan IMAN / TAUHID sebagaimana dijelaskan sebelum ini.  Setiap Ibadah yang dilakukan di dalam keadaan tidak ikhlas kepada Allah semata2 membatalkan sekalian amal ibadah dan menyebabkan IMAN / TAUHID seseorang menjadi pincang, tempang dan rosak.  Wal Iyazubillah.


Rawatan dan Penjagaan


Rawatan dan penjagaan telah pun dihuraikan panjang lebar pada Tajuk Syirik Khafi dan Riya'.  Di sini kita cuma menyebut beberapa perkara penting selainnya. 


Pertama : Mendidik dan melatih anak dari kecil

Pendidikan pertama bermula dari rumah. Ibu bapa adalah Guru pertama bagi anak2. Dengan demikian ibu bapa perlu didik anak2 sesuai dengan Tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Mereka perlu mendidik anak2 dan berikan tunjuk ajar kepada anak berkenaan Keimanan dan keikhlasan di dalam beribadah. 


Ketika anak2 masih kecil, mereka diajar dengan kelebihan2 (fadhilat amal) berupa ganjaran pahala, Syurga dan Neraka. Ini bertujuan menggalakkan mereka beribadah. Langkah pertama ini sesuai dengan aqal kanak2.  (dan  sesuai dengan orang baru masuk Islam). 


Namun tidaklah selamanya anak2 diajar demikian. Apabila mereka sudah hampir ke usia baligh, mereka perlu dididik dengan pendekatan lain, iaitu ajar mereka beramal dengan niat ikhlas kerana Allah, ertinya tidak lagi menekankan "pahala, dan ganjaran2 berupa istana, bidadari dan lain2 keseronokan kesukaan nafsu rendah", Sebaliknya didik mereka beriman dan beramal semata2 kerana Allah dan mencari Redha Allah. 


Jika sistem ini tidak ditekankan kepada anak2 sejak umur hampir baligh, maka selamanya mereka akan melakukan amal ibadah yang bercampur aduk dengan kesyirikan (syirik khafi) — mereka akan terus beramal kerana suatu habuan dunia atau mengharap habuan Akhirat yang berupa kesukaan nafsu, dan ini termasuk Syirik khafi, sebagaimana dihuraikan terdahulu pada tajuk kecil "Syirik khafi".  Maka rugilah mereka dunia Akhirat. Wal Iyazubillah.  


Kedua : Penuntut yang tersalah niat, ubah niat segera


Pelajar2 yang masuk Univerisiti atau pusat2 pengajian tinggi atau pondok2 dengan NIAT untuk mencari habuan dunia atau berniat untuk mendebat Ulama, atau segala niat yang menyimpang dari kebenaran, masih berpeluang kembali ke pangkal jalan dengan Taubat Nasuha. 


Mereka wajib batalkan niatnya yang batil, dan berubah niat segera untuk mencari Keredhaan Allah.  Moga Allah Ta'ala ampuninya dan menerima amal ibadahnya.  Jika mereka tak berbuat demikian segera dan terus-menerus dengan niatnya asalnya yang batil, maka sia2lah segala amal ibadahnya, bahkan ditakuti hatinya menjadi keras dan mati. Wal Iyazubillah.


Moga kita semua termasuk anak2 yang sedang menuntut Ilmu selamat dari tipu daya nafsu, syaitan, makhluq dan dunia. 


Bersambung siri  216  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...