Saturday, January 07, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 216)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu


Definisi


Dari segi bahasa :  

Yaktumun (يَكۡتُمُونَ) berasal dari kata ( كَتَمَ - يكْتُمُ ) yang bermaksud sembunyikan, mendiamkan, merahsiakan, sorokkan,  meninggalkan untuk memperlihatkannya. 


Dari segi istilah :

Yaktumun (يَكۡتُمُونَ = sembunyikan) bermaksud sembunyikan keterangan2 Allah (Al-Qur'an) atau Rasul-Nya (Hadith) daripada pengetahuan Ummat Islam atau sesuatu hukum yang patut diketahui oleh Ummat Islam tetapi ditutup sehingga membawa kepada kejahilan dan kesesatan. 


Penjelasan :


(1) Sembunyikan Ilmu atau suatu kebenaran yang patut diketahui oleh Ummat adalah di antara dosa2 yang amat besar kerana ianya mengakibatkan kebinasaan yang besar kepada Ummat Islam. 


(2) Dosa sembunyikan Ilmu ini adalah termasuk dosa mengubah keterangan Al-Qur'an sebagaimana yang dilakukan oleh orang2 alim di kalangan Bani Israil. Dengan demikian barangsiapa terlibat di dalam "sembunyikan ilmu", "sembunyikan keterangan Al-Qur'an dan Hadith" atau "menentang Ijma' Qias Ulama" atau "mengubah2 hukum mengikut nafsu atau mengikut kehendak manusia"... maka mereka termasuk manusia yang terkena La'nat Allah.  Wal Iyazubillah


(3) Demikian besarnya dosa ini sehingga ia dibicarakan secara khsusus di bawah suatu tajuk tersendiri, meskipun jika diperhalusi tajuk ini adalah sebahagian daripada Tajuk :  Khianat Amanah Allah


(4) Secara Umum sembunyikan Ilmu adalah dosa besar. Namun di sana terdapat beberapa perkara yang tidak tergolong ke dalam maksud "sembunyikan ilmu", meskipun pada zahirnya kelihatan seperti "sembunyikan ilmu", iaitu ketika wujud maslahat pada Agama. Di antaranya :


■ Perkara2 yang berhubung dengan Rahsia Ketuhanan

■ Natijah yang didapati oleh Salikin pada Jalan Ma'rifat

■ Perkara2 berhubung dengan keselamatan Jamaah /  Ummat

■ Menahan ilmu dari orang yang menyalahgunakan ilmu

■ Perkara yang tidak layak dipelajari disebabkan aqalnya yang masih mentah.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Ahli Tafsir mengatakan :  Keterangan Al-Qur'an menunjukkan bahawa menyembunyikan ilmu termasuk dosa besar kerana Allah sendiri menetapkan La'nat tertuju kepada pelakunya."

[Al-Zawaajir]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Sebahagian Ulama berkata, ayat2 Al-Qur'an tersebut (Ayat Qur'an yang melaknat perlakuan menyembunyikan keterangan Allah) berisi dalil bahawa orang yang mampu menjelaskan Usuluddin bagi orang yang memerlukannya dengan dalil2 Aqliah, tetapi dia menolaknya atau sembunyikan suatu keterangan dari hukum Syara' yang sangat diperlukan, maka orang itu berhak mendapat ancaman tersebut."

[Al-Zawajir]


Bersambung siri  217  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...