Friday, January 06, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 214)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27:  Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia

Sambungan....


Punca


Pokok daripada segala punca yang menyebabkan orang Islam menuntut Ilmu untuk mencapai habuan dunia, dan bukan kerana Allah adalah sama sepertimana yang kami telah huraikan sebelum ini.  Iaitu penyakit hati, kejahilan, cinta dunia dan lupakan Akhirat.  


Akibat


Balasan buruk yang bakal menimpa mereka juga sama seperti yang telah dihuraikan, bahkan Amaran Allah berikut sepatutnya menggegarkan jiwa mereka yang takut.


Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya. 

Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya.  Namun dia salah gunakan ilmunya. Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam. Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina. Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim dan ahli ibadah seperti ini.


Firman Allah :

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]


Jika kamu bertanya :

"Apakah yang terjadi sehingga Bal'am Ba'urah sanggup berbuat demikian?

"Mengapakah orang alim dan ahli ibadah sanggup berpaling dari kebenaran dan menentang Rasul2?"

Jawapannya:

Mereka telah digelincirkan oleh Ibllis kerana niat mereka tidak ikhlas kerana Allah. Orang2 yang menuntut Ilmu kerana habuan dunia dan bukan kerana Allah telah hilang ikhlasnya. Ketiadaan ikhlas itulah "pintu masuk" bagi Iblis menyerang dan terbalikkan hati orang alim dan ahli ibadah.  


Wal Iyazubillah.

Moga Allah Ta'ala selamatkan kita dan sekalian penuntut ilmu dan ahli ibadah daripada kegelinciran daripada Jalan Kebenaran. 


Bersambung siri  215  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...