Saturday, January 07, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 221)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


Contoh-contoh


Contoh 1 :  Ulama as-su' pada Zaman Mulkan 'Addhan (مُلْكًا عَاضًا) sembunyikan kebenaran


Golongan pertama di kalangan Ummat Islam yang sembunyikan kebenaran adalah "Ulama as-su' "  pada zaman Pemerintahan Mulkan 'Addhan  (مُلْكًا عَاضًا) — "Zaman Pemerintahan Menggigit",  iaitu Zaman Pemerintahan Pemimpin2 yang melakukan kezaliman dan kefasikan. 


Ulama2 Yahudi diLaknat kerana mengubah kandungan Kitab Taurat.  Mereka sembunyikan kedatangan Sayyidina Muhammad Rasulullah ﷺ sebagai Nabi dan Rasul terakhir.   Bagaimana pula dengan  Ulama as-su' dari kalangan Ummat Islam? Adakah mereka juga mengubah kandungan kitab Allah sama seperti Ulama Yahudi? 


Ulama as-su' tidak mengubah kandungan Al-Qur'an, tetapi mereka mentafsirkan Al-Qur'an mengikut nafsu mereka dan mengikut kehendak pemerintah. Ini sama seperti mengubah Kitabullah.


Ertinya mentafsir Al-Qur'an mengikut pemikiran aqal atau nafsu atau kehendak manusia adalah termasuk "sembunyikan ilmu dan kebenaran."  Dan layaklah golongan ini menerima La'nat Allah sebagaimana Ulama2 Yahudi yang mengubah KItab Allah. Wal Iyazubillah. 


Ulama as-su' ini melakukan demikian kerana mengharapkan habuan dunia berupa hadiah, pangkat dan kedudukan daripada Pemerintah. Dan ini yang dimaksudkan dengan "menjual Agama Allah dengan harga yang sedikit".  Mereka sanggup menukarkan Petunjuk Allah dengan kekufuran. 


Firman Allah تَعَالَى :

فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۖ فَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. 

[Al-Baqarah (2) : ayat 79]


Firman Allah تَعَالَى :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

[Al-Baqarah (2) : ayat 159]


Contoh 2: Ulama politik zaman ini campur aduk kebatilan dengan kebenaran

Di antara kejahatan Ulama2 as-su' pada zaman ini adalah munculnya ahli politik yang berpakaian seperti Ulama dan menyelewengkan Ayat2 Allah mengikut kepentingan politik mereka. Mereka campur adukkan kebenaran dengan kebatilan. Mereka mentafsirkan Al-Qur'an menurut kepentingan politik demokrasi yang keji.  Perbuatan mereka tidak ubah seperti Ulama as-su' pada zaman Pemerintahan Zalim,  Mulkan 'Addhan (مُلْكًا عَاضًا) yang menyelewengan Ayat2 Allah dan mengeluarkan fatwa sesat untuk mencari habuan dunia yang hina.  Wal Iyazubillah. 


Bersambung siri  222  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...