Saturday, January 07, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 220)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


(3)  Kebenaran Ahlus Sunnah terpelihara keaslian sampai Qiamat

Ketahuilah dengan penuh keyakinan bahawa "Kebenaran"  Ahlus Sunnah ini diwarisi turun-temurun dari satu Generasi Pewaris Nabi kepada generasi Pewaris Nabi berikutnya  (mulai dari Sahabat Nabi, kemudian Tabiin, kemudian Tabbit-Tabiin, kemudian Imam2 berikutnya)  melalui Bai'at (janji setia) dan Musyafahah (menghadap Guru yang mengambil ilmu terus dari lisan Guru Pewaris Nabi yang siddiq),  dan dengan cara yang amat teliti, berdisplin dan penuh rahsia sehingga terpelihara keaslian dan kesuciannya sampai Qiamat.  Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar) 


Firman Allah :

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12)  : ayat 108]


Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq)  yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ,  yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (mereka dikenali sebagai Mursyid / Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat).

Manusia yang demikian digambarkan sebagai   ۥ  وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)

[Surah al-Kahfi (18) : ayat 17 ] "

[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]


(4) Orang yang sembunyikan Ilmu?

Berdasarkan asbabun-Nuzul (sebab turun ayat), adalah menunjukkan La'nat Allah terkena kepada pemimpin2 dan Agamawan Yahudi yang sembunyikan kebenaran, namun secara umum pengajarannya dan hukumnya terkena kepada siapa sahaja dari kalangan orang islam yang mengetahui akan kebenaran tetapi mereka merahsiakannya atau mengubahnya kepada kebatilan. 


Secara khusus hukum ini  terkena kepada mereka yang bergelar "Ulama", "mufti", "ahli fatwa"  kerana merekalah yang menjadi tumpuan manusia mengambil hukum-hakam Agama dan panduan hidup menurut Kehendak Allah dan Rasul-Nya.   Dengan demikian, apabila disebut "Sembunyikan Ilmu" adalah terkena secara khusus kepada Golongan ini. 


Secara umum orang yang terlibat di dalam "menyembunyikan ilmu" adalah siapa sahaja di kalangan Ummat Islam yang  memahami selok-belok Agama, mengetahui hukum-hakam, halal haram, serta segala hal ehwal berkaitan hidup sebagai orang beriman menurut pegangan Ahlus Sunnah, tetapi mereka sembunyikannya dari pengetahuan orang lain. Maka mereka termasuk golongan yang sembunyikan ilmu. 


(5) Bentuk2 Sembunyikan Ilmu


■ Mengubah kandungan kitab Allah — sama ada dengan cara hapuskan ayat2 Allah atau menggantikan dengan ayat lain atau tokok tambah ayat2 lain.  


■ Mentafsir Al-Qur'an mengikut nafsu aqal / pendapat sendiri / kehendak manusia. 


■ Memandai2 mentafsir Al-Qur'an sedangkan dia bukan Mujtahid yang benar2 layak mentafsir Al-Qur'an.


■ Memberikan fatwa yang batil / menyalahi Ijma' (kesepakatan) Ulama Mu'tabar. 


■ Mendiamkan diri dari menyatakan hukum yang sebenar sedang dia tahu.


Moga dengan penjelasan ringkas ini, memperoleh faham pengertian sebenar "Sembunyikan Ilmu", "Sembunyikan kebenaran" dan akibat terhadap mereka yang melakukannya. Hanya mereka yang mempunyai mata hati mengambil pelajaran.


Bersambung siri  221  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI           


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...