■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 222)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu
sambungan .........
Contoh 3 : Sembunyikan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat
Hal ni telah disebut berulangkali.
Sesungguhnya Ilmu Tasawwuf dan Toriqat yang sahih yang warid dari Junjungan Rasulullah ﷺ merupakan sebahagian dari Syi'ar Islam, Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang Agung. Bahkan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat adalah nadi kekuatan Ummat.
Tanpa Tasawwuf di dalam hati, Keimanan seseorang akan ROSAK dan segala amal Ibadahnya akan BINASA kerana bercampur aduk dengan Syirik Khafi. Tanpa Tasawwuf di dalam hati, seorang Muslim hanya kelihatan hebat pada zahirnya sedangkan jiwanya kosong, tiada "ruh". Ini sebabnya sekalian Ulama Mu'tabar, mengisyaratkan wajib amalkan Syari'at (fiqh) berserta dengan Toriqat (Tasawwuf)
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf, seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Ibn Abbas mentafsirkan :
Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga suci bersih hati mereka dari Syirik (syirik khafi), iaitu mencapai Tauhid.
[Tafsir Ibn Abbas]
Imam Malik berkata :
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq. Barangsiapa yang bertasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq. Barangsiapa menghimpun keduanya itulah muhaqqiq (yang benar) "
[Catitan di dalam kitab Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat]
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berkata :
"Ada dua macam ilmu yang turunkan kepada kita. Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at. Kedua Ilmu batin, disebut Ma'rifat / Toriqat. Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat (Tauhid yang hakiki). Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 19 dan 20 : مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
(Dia biarkan air dua lautan mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.)
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat (Tauhid hakiki atau Tauhid yang sebenar) dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah : "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "
(Tidak Aku Ciptakan jinn dan manusia melainkan supaya menjadi Ubudiyyah (Ma'rifat) kepada Ku.)
[Nukilan kitab : Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihil Abrar]
Pada hari ini, Ilmu Allah yang sepatutnya diAgungkan dan dibesarkan menjadi bahan ejekan cerdik pandai Agama dan mufti yang "jahil". Mereka mempelajari sedikit Hadith lalu menghukum Tasawwuf, Toriqat, dan sekalian yang berhubung dengan sebagai bid'ah sesat, khurafat, syirik, ajaran menyembah Guru dll tuduhan. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 223 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment