Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 107)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke-15:   Fitnah  ( فِتْنَةً)

sambungan....


Dalil Al-Qur'an dan Hadith :

Firman Allah :

وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ

"Dan Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh."

[Al-Baqarah (2) : ayat 191]


Firman Allah :

إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah (menyiksa, menyakiti,  menimpakan bencana) untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh Azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana) mereka tidak bertaubat."

[Al-Burooj (85) : ayat 10]


Firman Allah :

الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang jahat (fitnah dan kekejian yang direka2)  dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia (kesakitan tubuh, jiwa tersiksa dll)  dan di akhirat (menerima siksaan Neraka Jahannam) ; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

[An-Nur (24) : ayat 19]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

Suatu ketika Nabi  lalu berdekatan dengan kubur kemudian bersabda kepada para sahabat:

"Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa oleh Allah, seorang daripadanya disiksa kerana tidak bersuci dengan betul daripada kencingnya manakala yang kedua disiksa kerana menyebarkan fitnah dan suka mengadu domba." Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah, kemudian dibelah dua dan mencacakkannya pada tiap-tiap kubur tersebut.

Para sabahat bertanya kepada Baginda: "Wahai Rasulullah apa yang Baginda  buat ini?" Baginda menjawab dengan sabdanya: "Semoga kerananya (pelepah) ini dapat meringankan siksaan daripada kedua-duanya selama pelepah tamar itu belum kering." 

[Imam  Bukhari dan Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ  bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda berkata, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ  “Jika sesuai kenyataan bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah memfitnahnya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Dan orang yang lebih dibenci oleh Allah antara kamu ialah pertama; orang yang suka membawa fitnah, kedua; orang yang suka memporak perandakan (memecah-belahkan) di kalangan saudaranya, ketiga; orang yang suka mencari jalan atau alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahannya." 

[Imam Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Lelaki mana pun yang menyebarkan terhadap seseorang, suatu perkataan, di mana orang itu terlepas (tiada kena mengena ertinya semata2 fitnah), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah Ta'ala menghancurkan lelaki itu pada hari Qiamat didalam api Neraka."

[Imam Ibnu Abid-Dun-ya]


Bersambung siri  108    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...