Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 108)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke-15:   Fitnah  ( فِتْنَةً )

sambungan....


Contoh-contoh Fitnah:


Sesungguhnya contoh2 ini amatlah banyak.  Lebih2 lagi pada akhir zaman ini, semua jenis fitnah berkumpul sehingga dunia menjadi medan fitnah yang amat dahsyat.  Di sini kita paparkan beberapa contoh sahaja sebagai i'tibar.


Ingat :  Fitnah itu bukan hanya seseorang mengada-adakan cerita dusta terhadap Muslim lainnya sehingga dia menanggung malu  dan  dipandang hina oleh masyarakat....tetapi tekandung di dalam pengertian "Fitnah" adalah segala pekerjaan yang menyusahkan kehidupannya atau mencemarkan nama baiknya —  seperti kamu mencaci makinya, menghinanya, menyakiti hatinya tanpa haq,  menganiaya dia, memukul dia, mencederakan dia, apa lagi sampai membunuh,  Wal Iyazubillah....semua ini terhitung di dalam memfitnah atau membawa maksud " fitnah kepada seorang mu'min."


Contoh 1 : Fitnah di kalangan keluarga dan sanak saudara:

Fitnah di kalangan keluarga dari keturunan sendiri mempunyai sejarah yang panjang. Lazimnya fitnah sesama keluarga satu keturunan ini berlaku kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka atau kerana hasad dengki atau kerana suatu kepentingan dunia.  Sedangkan Allah dan Rasul-Nya memerintahkan agar orang beriman berbuat baik kepada sekalian kaum kerabatnya (setelah berbuat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga sendiri).


Firman Allah :

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)

'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

[An-Nisaa (4) : ayat 36]


Contoh 2:  Fitnah di kalangan jiran tetangga:

Hal ini amat banyak berlaku.  Kadangkala kerana sedikit perselisihan, seseorang sanggup menghebahkan cerita palsu mengenai jiran tetangganya sehingga busuk namanya.   Sedangkan Rasulullah ﷺ memerintahkan agar sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangga, bahkan memelihara hubungan baik dengan jiran dikaitkan dengan keimanan.


Rasulullah ﷺ. bersabda :

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” 

[Imam Muslim]


Contoh 3 : Fitnah rakan sejawat:

Fitnah rakan sekerja kerana iri hati, dendam, tak puas hati dengan jawatan dsb sudah menjadi lumrah di zaman ini.  Mereka saling memfitnah untuk naik pangkat, gaji atau kedudukan.  Ada yang sanggup melakukan fitnah yang amat dahsyat sehingga seseorang itu dibuang kerja. 



Bersambung siri  109  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

    

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...