Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 109)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke-15:   Fitnah  ( فِتْنَةً )

sambungan....


Contoh 4 : Fitnah terhadap penda'wah:

Orang Islam sendiri bermusuh dengan hamba2 Allah yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tidak kurang yang mengejek, mencaci maki dan membuat berbagai tuduhan jahat dan fitnah, bahkan serangan fizikal.


Rasulullah ﷺ. bersabda :

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

"Caci maki seorang muslim merupakan kefasikan dan membunuhnya kekufuran."

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Contoh 5:  Fitnah terhadap ahli kebajikan:

Hamba2 Allah yang membuat kerja2 kebajikan umum dan membantu faqir miskin juga menjadi sasaran fitnah manusia yang berhati busuk. Biasanya orang2 yang melakukan fitnah ini adalah mereka yang mempunyai kedudukan di dalam masyarakat. Mereka iri hati terhadap ahli kebajikan kerana pada anggapan mereka, diri mereka yang patut mendapat nama dan sanjungan. 


Contoh 6:  Fitnah Pemerintah kepada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq:

Perbuatan keji ini mula berlaku pada era pemerintahan Dinasti2 iaitu sebagaimana disebut di dalam Hadith Mulkan Addhan, zaman Pemerintahan yang zalim.  Pemerintah menguasai Ulama2 dunia, Ulama as-su' di dalam genggaman mereka lalu melakukan berbagai fitnah terhadap Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.  Penguasa melakukan berbagai ugutan, menangkap dan menyiksa Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq kerana mereka mendedahkan kebenaran dan tidak menyokong kezaliman Pemerintah.


Fitnah dan kezaliman terhadap Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq berterusan sampai sekarang pada era pemerintahan Mulkan Jabriyyan - Pemerintahan Demokrasi zalim / Pembesar2 zalim / diktator. Barangsiapa menyampaikan kebenaran akan menerima ugutan dan ancaman. Mengktirik dan menegur pemerintah dianggap menghasut dan menimbulkan kekeliruan terhadap Agenda Pemerintah.


Pendokong dan penyokong Pemerintah juga turut menyebarkan fitnah dan permusuhan terhadap hamba2 Allah yang menyebarkan kebenaran dan kebaikan.  Di zaman cyber ini, Fitnah tersebar luas di dalam sekelip mata melalui berbagai rangkaian informasi. Kesemua mereka ini lupa amaran Allah Ta'ala.


 Firman Allah:

الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk (fitnah dan kekejian yang di reka2)  dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia (kesakitan tubuh, jiwa tersiksa dll)  dan di akhirat (menerima siksaan Neraka Jahannam) ; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

[An-Nur (24) : ayat 19]


Bersambung siri  110   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...