Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 110)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke -15:   Fitnah  ( فِتْنَةً )

sambungan....


Edisi Khas : Fitnah terbesar kepada Ummat menjelang kedatangan dajjal —  Kemusnahan Aqidah melalui propaganda Yahudi — Zionis — Illuminati:


Sesungguhnya pada saat ini Ummat islam sedang menghadapi Gelombang Fitnah yang amat dahsyat dan amat menakutkan. Dan tiadalah "fitnah" yang lebih besar kepada Ummat melainkan fitnah kebinasaan Iman.   Ummat Islam ditimpa ribuan fitnah yang bertimpa2 satu persatu tiada hentinya namun kebanyakannya terlena di dalam arus pemodenan dunia —  tidak menyedari bahaya besar yang sedang menyelubungi mereka.  Ada yang tahu namun mereka menjual "Iman" kerana mengharapkan dunia yang hina.  Wal Iyazubillah.


Inilah gambaran yang terangkum didalam fitnah Akhir Zaman sehingga Rasulullah ﷺ berikan amaran akan keadaan huru-hara berserta fitnah pada Akhir Zaman.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا.رواه مسلم

“Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”

[Imam Muslim]


Hadith ini terangkum di dalam Hadith Fitnah Akhir Zaman.  Di antara pengajaran penting dari Amaran Rasulullah ﷺ sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah :


Pertama:

Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ yang mulia ini ditujukan kepada orang2 Islam, yang bernama Islam dan yang mengerjakan solat dan puasa serta ibadah lain,   BUKAN  kepada golongan terang2 kafir.


Kedua:

Ramai orang Islam yang tertipu jatuh kepada "kekafiran" tanpa disedari.

Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka sudah jatuh kepada "kekafiran" disebabkan i'tiqad (pegangan hati) atau  kerana suatu ucapan atau suatu perbuatan yang BATALKAN IMAN dia.  Maksudnya dia menyalahi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen),  jatuh kepada fahaman / pegangan sesat.  


Ketiga:

Junjungan Rasulullah ﷺ yang mulia berikan amaran dan peringatan keras kepada seluruh Ummat yang mengaku sebagai pengikut Baginda bahawa akan tiba satu masa di mana dunia ketika itu dipenuhi kegelapan yang amat kelam — maksud  kegelapan yang amat kelam adalah kebanyakan manusia ketika itu kesesatan yang amat dahsyat.    Zaman kegelapan yang Nabi ﷺ gambarkan di dalam Hadith tersebut  inilah zamannya....!


Keempat:

Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyamaran, helah licik musuh2 Agama sehingga tiada terbeza antara kebenaran dan kebatilan,  tiada terbeza antara putih dan hitam,  tiada terbeza antara Islam dan kafir,  tiada terbeza antara Ahlus Sunnah dengan golongan tersesat.  Sehingga orang2 Islam jatuh kepada kesesatan atau kekafiran tanpa disedarinya. 


Kelima:

Kuasa kegelapan akan menguasai dunia. Pemimpin2 korup dan fasiq akan menguasai dunia. Pemimpin zalim ini akan mengaku mereka membawa kebaikan sedangkan semua perbuatan mereka adalah memimpin kepada kesesatan.  (ingat balik Dajjal yang menipu daya manusia dengan tipu helah licik)


Keenam:

Orang yang benar akan dituduh sebagai pendusta sementara pendusta dibenarkan. 


Rasulullah ﷺ  bersabda:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: «الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan pendustaan (pembohongan, penipuan). Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang benar dikatakan pendusta, pengkhianat dikatakan amanah sedangkan orang yang amanah dikatakan sebagai pengkhianat. Pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksud Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang at-taafih (jahil, bodoh dan keji yang tidak tahu apa2) yang turut campur dalam urusan umum (yang bukan urusannya dan bukan bidangnya).”

[Imam Ibn Majah, Imam Al-Haakim, Imam Ahmad]


Ketujuh:

Ulama dunia, Ulama As-su" menjual Agama dengan harga yang murah. Walaupun mereka tahu kebenaran tetapi mereka sembunyikan kebenaran.  Mereka mengeluarkan fatwa sesuai dengan Kehendak pemimpin. Inilah kedurjanaan paling besar.


Rasulullah ﷺ bersabda :

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada Hidayah. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” 

[Imam Al-Baihaqi]



Bersambung siri  111   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...