Monday, December 19, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 111)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke -15:   Fitnah  ( فِتْنَةً )

sambungan....


Rawatan dan Penjagaan :


Tidak ada kata2 yang mampu menggambarkan dahsyatnya fitnah yang  berleluasa serta mencengkam kehidupan manusia sejagat pada zaman ini.  Keluarga, masyarakat, Pentadbiran negara, parti politik, ekonomi, sosial bergelumang di dalam Fitnah tanpa henti2.   Pejabat, tempat kerja, tempat2 perniagaan, Masjid, Surau, Musolla...dipenuhi fitnah.  Tukang pembuat fitnah dan penyebar fitnah juga bersepah di mana2. 


Perbuatan gemar melakukan kerja2 fitnah atau memfitnah Muslim lain berpunca dari hati yang kotor, keji dan khianat.  Maka penawar hakiki  bagi mengubati hatinya serta melepaskannya daripada cengkaman sifat2 keji adalah dengan cara mencabut segala anasir perosak dari akar umbinya dari hati. 


Jalan untuk mencapai matlamat tersebut (hati yang suci dan sejahtera dari nifaq dan syirik)  adalah dengan menempuh Jalan Ma'rifat kepada Allah dengan pimpinan Warisatul Anbiya' (Mursyid yang siddiq).   Inilah Jalan suci murni yang diwarisi turun-temurun daripada Junjungan  Rasulullah ﷺ oleh sekalian Ulama Billah yang telah masyhur nama mereka sepanjang zaman.


Mereka yang belum mempunyai rezeki berserta dengan seorang Mursyid yang siddiq, hendaklah sungguh2 mengikuti panduan2 berikut, mudah2an mereka juga selamat daripada dosa2 fitnah.


(1) Taubat dengan Taubat Nasuha

Ini adalah langkah pertama bagi tukang fitnah atau penyebar fitnah atau pelaksana2 fitnah.  Taubat tidak akan diterima selagi orang yang kamu timpakan fitnah atasnya mengampuni dosa kamu.


(2) Jika dosa fitnah berhubung dengan rampasan harta, maka wajib dipulangkannya.


(3) Jika dosa fitnah itu berhubung dengan penyebaran fitnah di media — ws, tele, fb, ig dan lainnya ... maka dia wajib memohon ampun secara terbuka dan wajib menyebut satu persatu fitnah yang pernah dilemparkannya kepada orang berkenaan untuk membersihkan namanya daripada fitnah tersebut. 


(4) Jika dosa fitnah itu tersebar di suatu tempat tertentu seperti di pejabat, tempat kerja, sekolah dsb.. maka si pemfitnah wajib menampilkan diri dan mohon maaf secara terbuka serta akui perbuatan jahatnya bahwa dia telah melakukan fitnah.

 

(5) Jika berita fitnah menyebabkan seseorang hilang pekerjaannya (dibuang kerja) atau perniagaannya bankrap, maka si pemfitnah wajib menggantikan sekalian kerugian mangsa fitnah.


(6) Jika Pemerintah atau wakil2nya  menangkap dan penjarakan seseorang dengan jalan fitnah, maka Pemerintah berkenaan wajib mohon maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi sepanjang dia ditahan di dalam penjara. 


(7) Jika fitnah tersebut berkait dengan kehormatan seseorang, khususnya fitnah zina, maka pembuat fitnah barangkali menanggung dosa besar sampai mati — menanggung dosa sampai Akhirat.  Jika fitnah zina tersebut telah tersebar luas, maka lebih banyaklah dosa besar yang ditanggung oleh penyebar fitnah.   Ini kerana hamba Allah yang terkena fitnah zina tak mudah memaafkan orang2 yang telah melemparkan fitnah zina terhadapnya.    Fitnah zina memusnahkan  seluruh hidupnya. Manusia memandangnya dengan pandang jijik, hina dan keji.  Ke mana sahaja dia melangkah, namanya sudah terpahat di mata masyarkat sebagai manusia hina.  Bahkan anak2 dan ahli keluarganya juga menanggung malu. Maka amat sukar untuk dia memaafkan si penuduh.  


Orang2 yang takut kepada Allah, takut pembalasan di Akhirat, takut Kemurkaan Allah...  akan sentiasa hati2 dengan perkataan dan perlakuannya daripada melakukan fitnah terhadap orang lain.  Sedangkan menyakiti seorang Muslim tanpa haq saja pun sudah termasuk dosa besar, apa lagi melemparkan fitnah terhadapnya sehingga meruntuhkan seluruh hidupnya, sudah tentu lebih lagi dosanya.


Bersambung siri  112  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI   

    

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...