Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 106)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.16  Dosa Besar ke -15:   Fitnah  ( فِتْنَةً )


Definisi :


Dari segi bahasa :     

Fitnah  ( فِتْنَةً )  berasal dari kata ( فَتَنَ,  يَفْتِنُ,  فِتْنَةً ) bermaksud :  cobaan, menguji, membakar suatu untuk mencari ketulinan, 


Dari segi Istilah :

Fitnah membawa berbagai  maksud dari pendekatan yang berbeza2 :  cobaan, dugaan,  sebarkan kedustaan, kekacauan, godaan, gangguan, keributan, huru-hara, penyiksaan, penindasan, hasutan, kezaliman


Penjelasan :


(1) Daripada definisi " Fitnah ", kita dapat memahami bahawa maksud " Fitnah " tidak hanya terhenti pada perbuatan seseorang menyebarkan cerita palsu mengenai seseorang sehingga namanya tercemar, jatuh maruahnya dan dipandang hina oleh masyarakat, tetapi lebih daripada itu apa jua perbuatan menyakiti, menghasut, menindas, menyiksa, mencaci maki dan menzaliminya dengan apa jua cara adalah juga termasuk di dalam pengertian membawa fitnah.


(2) Di dalam Al-Qur'an dan Hadith,  istilah " fitnah " digunakan bagi menunjukkan berbagai maksud — kesyirikan, kesesatan, kekafiran, penyiksaan, pembunuhan cobaan, dugaan, kebingungan, kekeliruan, huru-hara, kekacauan dan tipu daya,


(3) Kesemua jenis pengertian Fitnah tersebut dapat digolongkan kepada dua bahagian:


(i)  Fitnah di dalam pengertian sesuatu yang datang dari Allah sebagai menguji keimanan hamba2-Nya, atau menerima hukuman dari-Nya atau menerima peringatan dari-Nya.  

(ii) Fitnah di dalam pengertian sesuatu kejahatan yang dilakukan oleh manusia terhadap orang beriman.


Di dalam risalah ini kita akan fokus kepada pengertian " Fitnah " yang berkaitan perbuatan sesama manusia,

Fitnah dengan maksud dugaan, ujian, cobaan, hukuman Allah ke atas manusia dibincang di dalam tajuk berasingan.


(4) Semua manusia takut dengan fitnah.  Semua manusia ingin jauhkan diri daripada terkena fitnah kerana fitnah membuat manusia hilang harga diri, rosak maruahnya, dipandang buruk,  putus silaturahim, keluarga porak poranda, hilang pekerjaan, hilang harta benda, hilang hak2nya sebagai manusia atas muka bumi.


(5) Perbuatan suka melakukan " fitnah" terhadap orang lain datang dari hati yang kotor, keji dan busuk. Tidaklah seseorang melakukan fitnah terhadap orang lain melainkan kerana hatinya telah diliputi kesyirikan (syirik khafi), kekufuran (kufur nikmat), khianat, mazmumah  (kekejian) dan segala macam penyakit hati yang sangat busuk.


(6) Dosa fitnah terkait kepada dosa2 besar yang lain — Ghibah, kazib, tajassus, su-uzzon, khianat, zalim 


(7) Oleh kerana besarnya akibat perbuatan fitnah, maka dosa ini tergolong ke dalam dosa besar yang amat berat.  Pembuat fitnah diancam oleh Allah dan Rasul-Nya dengan Neraka Jahannam.  Jika tidak bertaubat sebelum mati, maka dikhuatiri bangkit di Mahsyar sebagai orang muflis.


Kata Imam Ibn Hajar Asqoalani :

 “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” 

[ Fath al-Bari]


Bersambung siri  107    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...