Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 105)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Taubat Nasuha dan Kifarat bagi dosa mengumpat:


Setiap orang yang mempunyai dosa mengumpat, hendaklah mematuhi syarat2 Taubat Nasuha. Cara2 Taubat Nasuha dan syarat2nya telah pun kami bentangkan sebelum ini yang menepati 7 syarat.   Wajib berhenti mengumpat, menyesal, sedih dan  tidak mengulanginya. Hendaklah bersungguh2 menyesal dan bukan ala kadar bagaikan lepas batuk ditangga.


Kemudian hendaklah dia minta halal (mohon maaf dan keredhaan) daripada orang yang pernah diumpatinya. Adakah wajib baginya beritahu semua umpatan yang pernah dilakukannya?   Di dalam hal ini terdapat beberapa pendapat Ulama.


Kata Imam Hasan Al-Basri Raadhiallahu anhu:

"Mencukupilah dia (orang yang telah melakukan dosa mengumpat), istighfar tanpa minta halal daripada orang yang pernah diumpatinya. Mungkin beliau ambil daripada Hadith Nabi ﷺ : 

Rasulullah ﷺ bersabda : "Kaffarah kepada orang yang pernah engkau umpati ialah bahawa engkau meminta diampuni dosanya. (engkau mohon Allah ampuni dosanya)"

[Imam Abid-dunya]


Kata Ibnu Qudamah :

Jika ( cerita ) umpatan itu sampai kepada pengetahuan orang tersebut, hendaklah dia berjumpa dengannya dan minta halal,  memohon maaf serta menzahirkan penyesalan di atas perbuatannya.  Jika tidak sampai (kisah dia mengumpat itu tidak diketahui oleh orang), maka hendaklah memohon Allah mengampun dosanya. 

[Mukhtasar Minhajul Qasidin]


Rumusannya :


(1) Jika mampu dan berkuasa hendaklah bertemu dengan orang yang pernah diumpatinya dan mohon maaf.  Jika dia maafkan maka selesailah hutang dengannya.  Jika dia enggan maafkan, maka hendaklah bayar kifarat agar menjadi penebus di Akhirat kelak.  Rujuk no, (4) di bawah.


(2) Jika dia khuatir akan menjadi perselisihan lebih besar sehingga menjadi pergaduhan atau putus silaturahim, maka lebih baik jangan dikhabarkan perbuatan mengumpatnya kepada orang itu.  Lakukanlah Taubat yang sungguh2 kepada Allah Ta'ala dan bayar kifarat agar menjadi penebus dosa2  di Akhirat kelak. Rujuk No (4)


(3) Jika tidak diketahui siapa yang pernah diumpati atau lupa berapa banyak orang yang pernah diumpati, maka gunakan kaedah no. (4).  Buat amal sebanyak2nya dan niat sedekah pada semua yang pernah dizalimi.


(4) Bayar kifarat untuknya.


Pertama : Sedekahkan pahala bacaan surah fatihah atau Yasiin atau lainnya kepada orang yang pernah diumpatinya:


Kedua :  Buat Zikir tahlil sebanyak mungkin dan Sedekahkan pahalanya kepadanya

          

Ketiga : Bersedekah sebanyak mungkin dan niatkan pahalanya kepadanya

           

Keempat : Doakan keselamatan untuknya


Mudah2an dengan amalkan wirid tersebut diatas, orang2 yang pernah melakukan dosa2 umpatan akan dapat menebus kesalahannya di Akhirat kelak. Ini kerana di Mahkamah Agung Ilahi kelak, tidak ada wang ringgit.  Yang menjadi pertaruhan adalah keimanan dan amal kebaikannya.   


Amal kebaikan yang banyak dapat menjadi kifarat dosa2nya akibat kezaliman yang pernah dilakukan terhadap manusia sewaktu dunia dahulu.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah seseorang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

[Imam Muslim]



Bersambung siri  106    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

      

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...